Lelaki Tendang Pagar Masjid Sehingga Tercabut, Gara Gara Tak Dapat Solat Jumaat | Seorang lelai telah bertindak diluar kawalan dan marah apabila beliau tidak dibenarkan untuk menunaikan solat jumaat di sebuah masjid di Selayang.

Lelaki Tendang Pagar Masjid Sehingga Tercabut, Gara-Gara Tak Dapat Solat Jumaat

Ketua Polis Daerah Gombak, Arifai Tarawe berkata, bilal masjid yang menyedari pagar rosak itu, membuat laporan polis pada 1.40 tengah hari kelmarin. Semakan kamera litar tertutup (CCTV) di masjid mendapati seorang lelaki menaiki kenderaan pacuan empat roda Nissan Navara dalam keadaan seperti mengamuk dan menendang pagar besi masjid sehingga tercabut serta jatuh

Suspek yang berusia 35 tahun telah ditahan untuk diberikan keterangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak . Sebuah kereta Nissan Navara dan sepasang baju yang dipakai ketika kejadian itu turut dirampas. Kejadian itu berpunca daripada suspek yang marah tidak dibenarkan memasuki masjid untuk menunaikan solat.

suspek yang negatif dadah itu mempunyai dua rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah. Dia direman empat hari sehingga 19 Mei ini mengikut Seksyen 427/295 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan membencana atau mencemarkan tempat sembahyang.

Sumber: Free Malaysia Today

Share.

Leave A Reply