Lelaki Terjatuh dari Tingkat 10 Ketika Selenggara Penghawa Dingin

| June 20, 2021 | 0 Comments

Lelaki Terjatuh dari Tingkat 10 Ketika Selenggara Penghawa Dingin | Berpantang maut sebelum ajal itulah yang dilalui oleh seorang pekerja penyelenggaraan apabila dia yang datang untuk melakukan kerja-kerja menyelenggara penghawa dingin telah terjatuh dari tingkat 10, bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur semalam.

Lelaki Terjatuh dari Tingkat 10 Ketika Selenggara Penghawa Dingin

Difahamkan, lelaki warga tempatan yang berusia 35 tahun itu terselamat dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 6 petang itu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kejadian itu disedari anggota yang bertugas di kaunter pertanyaan Balai Polis Dang Wangi sejurus terdengar bunyi dentuman kuat dari arah luar lobi bangunan itu.

Katanya, sebaik sahaja mendengar bunyi itu, anggotanya segera ke lokasi untuk memeriksa dan mereka terkejut mendapati seorang individu terbaring di atas lantai di luar dobi dengan tubuh badan yang cedera.

Pihak polis kemudiannya menghubungi ambulans untuk menghantar individu tersebut ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi tujuan rawatan.

Jelas beliau, semakan mendapati mangsa terjatuh ketika sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan penghawa dingin di tingkat 10, bangunan IPD.

Justeru itu, pihaknya memohon agar orang ramai tidak menularkan sebarang gambar atau video yang berkaitan kejadian ini yang boleh mendatangkan kegusaran awam.

Sumber: Kosmo

Tags: , , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *