Lelaki TERKEJUT Duit Bank ‘Lesap’ RM12,000.. Pegawai Bank Pula Minta Jangan Lapor Polis | Seorang pengguna berputih mata apabila wang simpanan RM12,000 di dalam akaun bank ‘lesap’.

 

Kejadian malang tersebut dikongsikan seorang pengguna, Ummar di media sosial baru-baru ini.

“Hari ini (terdahulu) RM12,000 wang saya hilang dari akaun bank dan telah pergi buat laporan di bank, mereka kata ada buat pembelian guna debit kad sekitar pukul 4 pagi tadi (sebelum ini) dari Eropah.

“Persoalan di sini, limit (had) saya untuk debit kad hanya RM5,000 sahaja. Bagaimana boleh buat bayaran RM12,000 sekali transaksi dan saya tak hidupkan transaksi untuk ke luar negara sekarang sebab ada di Malaysia,” katanya.

Soalnya lagi, kenapa dia tidak menerima sebarang notifikasi pemberitahuan.

“Bagaimana pihak bank boleh lepaskan pembayaran yang banyak tanpa tanya pelanggan dulu. Sedangkan kalau saya sendiri nak guna kat luar negara pun selalu ‘decline’,” kongsinya.

Tambah pengguna tersebut, dia sudah dua kali meminta untuk menukar kad ATM selepas pulang dari Eropah kerana mengesyaki wang simpanannya berkurang secara tiba-tiba, namun tidak dibenarkan selagi tidak tamat tempoh.

Lebih mengejutkan lagi, apabila pegawai terbabit meminta pengguna berkenaan untuk tidak melaporkan perkara itu kepada pihak polis serta bank negara.

Selain memaklumkan wang tersebut bakal dikembalikan semula dalam tempoh 45 hari, namun tidak dapat dipastikan.

Menurut pengguna itu, dia bakal memadam hantarannya di media sosial selepas wang tersebut dikembalikan.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply