Lelaki [email protected] Wanita Di Pusat Riadah Ditahan | Seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menikam seorang wanita di kawasan sebuah pusat riadah di Cheltenham, Gloucestershire.

Dalam kejadian jam 9.15 malam Khamis lalu, mangsa mengalami kecederaan serius dan masih menerima rawatan di hospital.

Lelaki berusia 29 tahun terbabit ditahan sejurus selepas kejadian cubaan membunuh itu.

Suspek direman bermula Sabtu sehingga 16 Mac ini bagi siasatan lanjut mengikut Akta Keganasan.

Timbalan Ketua Polis Gloucestershire, Richard Ocone berkata, pihaknya percaya insiden itu adalah terpencil dan menolak kemungkinan ancaman lain kepada orang awam.

Beliau berkata bahawa mereka bekerjasama rapat dengan pasukan anti keganasan.

Katanya, mereka mengetahui kejadian sebegini mungkin membimbangkan penduduk. Orang ramai digalakkan menghubungi pihak berkuasa sekiranya mempunyai maklumat mengenai kejadian itu.

Pada Jumaat, pusat riadah itu mengesahkan kejadian dan ia ditutup buat sementara.

Dalam satu kenyataan di Facebook, pusat riadah di Cheltenham ditutup bagi siasatan polis dan akan memaklumkan pembukaan semula.

Sumber: Harian Metro

 

Artikel Lain

‘Berhalusinasi, Dengar Bisikan,’ Kes Tikam Pesakit Hospital Selayang

Kuala Lumpur: Mahkamah Sesyen Selayang hari ini memerintahkan seorang lelaki yang menikam seorang pesakit di Hospital Selayang, menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Bahagia Tanjong Rambutan, Ulu Kinta, Perak.

Hakim Nor Rajiah Mat Zin memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal supaya Mohd Khairul Kamul, 22, dihantar ke pusat psikiatri kerana dipercayai keadaan mental tertuduh tidak stabil.

“Pihak pendakwaan membuat permohonan itu di bawah Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah. Tertuduh juga telah ditahan dan menerima rawatan di Jabatan Psikiatrik Hospital Selayang sejak 15 Feb lepas. Tiada jaminan dicadangkan terhadap tertuduh,” katanya.

Tertuduh yang memakai baju hospital berwarna hijau didakwa dengan sengaja mendatangkan cedera parah ke atas V Sathish Rao, 29, menggunakan sebilah pisau di Zon Kuning Bahagian Kecemasan Hospital Selayang di sini, pada 3.45 petang, 14 Februari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Mohd Khairul mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan namun mahkamah tidak merekodkan sebarang pengakuannya.

“Saya tidak sedar dan di bawah halusinasi serta terdengar bisikan-bisikan,” katanya ketika ditanya jurubahasa sama ada dia faham pertuduhan atau tidak.

Dalam prosiding itu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu supaya dia dirawat di rumah kakaknya di Batu Caves.

Hakim Nor Rajiah tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 29 Mac untuk sebutan kes bagi laporan psikiatri tertuduh.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki yang menghidap demam denggi datang ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan sebelum ditikam seorang pesakit mental.

Tikaman itu menyebabkan mangsa cedera pada abdomen kiri dan kanan badan serta bahagian belakang badan. Namun, mangsa kini dilaporkan stabil.

Sumber: Harian Metro

 

Lelaki Tikam Pesakit Di Hospital Diarah Jalani Pemeriksaan Mental

Lelaki Tikam Pesakit Di Hospital Diarah Jalani Pemeriksaan Mental | Seorang lelaki yang didapati telah menikam seorang pesakit di Hospital Selayang pada 14 Februari lalu, kini diarah menjalani pemeriksaan psikiatri (mental) oleh Mahkamah Sesyen Selayang.

Menurut laporan Kosmo, Hakim, Nor Rajiah Mat Zin memerintahkan tertuduh, Mohd. Khairul Kamul, 22, dihantar ke hospital bagi menjalani pemeriksaan psikiatri susulan keadaan mentalnya tidak stabil.

Dalam pada itu, semasa prosiding berlangsung, tertuduh tidak menyatakan sebarang pengakuan, namun memberitahu bahawa dia tidak sedar kerana berhalusinasi dan terdengar bisikan ketika kejadian.

Pihak pendakwaan membuat permohonan di bawah Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah supaya tertuduh dihantar untuk pemeriksaan psikiatri kerana dipercayai keadaan mental tertuduh adalah tidak stabil.

Sebelum ini tertuduh juga telah ditahan dan menerima rawatan di Jabatan Psikiatri Hospital Selayang sejak 15 Februari 2023

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa sengaja mendatangkan kecederaan yang parah terhadap V. Satish Rao, 29, di Zon Kuning Bahagian Kecemasan Hospital Selayang. Berikutan itu, pertuduhan ke atas Mohd.

Khairul dikemukakan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun bersama denda atau sebat.

Sumber: Oh Bulan

Share.

Leave A Reply