Lelaki Tinggalkan Kereta Sebelum Terjun Sungai Klang | Klang: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjun ke Sungai Klang dari jambatan berhampiran Bangunan Majlis Perbandaran Klang (MPK), di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.47 pagi sebelum sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Raja bergegas ke lokasi.

“Menurut saksi, seorang lelaki berusia 20-an dilihat meninggalkan kereta Perodua Alza dipandunya di tepi jalan sebelum terjun ke sungai itu dari jambatan berkenaan.

“Gerakan mencari mangsa sedang dilakukan dan buat masa ini, pencarian dilakukan dalam radius lima kilometer (km) dari lokasi dia terjun.

“Seramai 10 anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Selangor turut ke lokasi bagi mengesan mangsa,” katanya ketika dihubungi.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply