Lelaki Turun Landasan Ambil Earphone, LRT Tergendala 3 Minit | Tindakan seorang lelaki yang turun ke landasan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Paramount untuk mengambil fon telinga (earphone) telah menyebabkan tren tergendala tiga minit.
Demikian kes mengenai seorang lelaki warganegara tempatan yang menceroboh landasan stesen berkenaan dalam kejadian kira-kira pukul 9.28 pagi kelmarin sebelum ditahan polis.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan tangkapannya oleh Polis Bantuan Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).
Beliau juga berkata pada Selasa bahawa kejadian berlaku lebih kurang 8.09 pagi, penggera landasan telah berbunyi dan didapati seorang lelaki warga tempatan telah berada di landasan platform 1 (nortbound) sedang mengambil earphone dan menyebabkan tren tergendala selama tiga minit.
Lelaki terbabit kemudiannya ditahan atas kesalahan menceroboh landasan kereta api.
Tambah beliau, suspek yang ditahan dituduh di bawah Seksyen 62 Akta Keretapi 1991 di Mahkamah Petaling Jaya pada Selasa.
Beliau juga berkata secara tegas, orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi undang-undang dan tidak melakukan sesuatu perbuatan jenayah.
Tahun lepas, media melaporkan polis telah menahan seorang lelaki kerana disyaki menceroboh dan melakukan khianat di kawasan tanah perkuburan di Kampung Jawa, Semanggol.
Ketua Polis Daerah Kerian Supt Mazuki Mat berkata lelaki berumur 36 tahun itu ditahan hasil maklumat awam kira-kira pukul 9 pagi pada 9 Jun 2022.
Beliau menyatakan, berdasarkan rakaman video berdurasi 1 minit 21 saat itu yang dimuat naik dalam media sosial pada 8 Jun, seorang lelaki bertindak di luar kawalan dengan menceroboh dan melakukan khianat di sekitar kawasan perkuburan terbabit.
Mazuki berkata hasil siasatan dan semakan video itu mendapati, suspek tinggal berdekatan di kawasan itu.
Katanya ketika itu bahawa polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 297 Kanun Keseksaan. Motif kejadian masih disiasat.
Sumber: Siakap Keli
Artikel Lain
Buat ‘Content’ Di Bawah Landasan Kereta Api, YouTuber Berdepan Hukuman Penjara
Buat ‘Content’ Di Bawah Landasan Kereta Api, YouTuber Berdepan Hukuman Penjara | Seorang pesohor YouTube di Indonesia berdepan hukuman penjara tiga bulan kerana berdiri di bawah landasan ketika tren bergerak laju semata-mata untuk menghasilkan kandungan tular.
Dede Inoen melakukan aksi berbahaya itu di Cianjur, dalam wilayah Jawa Barat dan memuat naik video tersebut pada Disember tahun lalu. Ia bagaimanapun hanya menjadi tular baru-baru ini.
Dalam videonya, dia berada di bawah landasan kereta api di sebuah jambatan sepanjang beberapa puluh meter yang dibina merentasi sebatang sungai.
Dia merakam gambar kepalanya terjojol keluar di landasan tersebut.
Sebuah kereta api kemudiannya meluncur laju ke arah mereka dan Dede meneruskan rakaman dengan keadaan dirinya berada di bawah badan kereta api.
Menurut Dede, dia pada awalnya berada di kawasan landasan kereta api itu untuk menangkap ular bagi dijadikan bahan pembelajaran.
“Kandungan video itu sebenarnya adalah untuk mencari ular, namun ketika menyeberangi jambatan, sebuah kereta api melalui landasan tersebut.
“Disebabkan itu, saya hanya berdiri di jambatan itu kerana berbahaya jika saya melompat ke dalam sungai,” jelasnya.
Disebabkan aksi berbahaya itu, Dede berdepan hukuman penjara tiga bulan atau denda 15 juta rupiah (RM4,403) di bawah Perkara 199 Undang-Undang No 23 Tahun 2007 mengenai Kereta Api.
Dia bagaimanapun diberi peluang untuk membuat permohonan maaf yang dimuat naik di platform media sosial miliknya bagi mengelakkan daripada didakwa. – AGENSI
Sumber: Kosmo