Lelaki Warga Emas Cedera Dihempap Pokok Kelapa

| July 27, 2021 | 0 Comments

Lelaki Warga Emas Cedera Dihempap Pokok Kelapa | Malang tidak berbau menimpa seorang lelaki apabila cedera dihempap oleh pokok kelapa ditebangnya. Baca selanjutnya..

CEDERA BAHAGIAN KEPALA

Kerian – Seorang lelaki warga emas cedera setelah dihempap sebatang pokok kelapa yang ditebangnya di Kampung Parit Haji Napis dekat Jalan Bagan Serai – Kuala Kurau dekat sini pagi tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9 pagi itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan pada kepalanya.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak memberitahu, pihaknya yang menerima panggilan kecemasan telah menghantar sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kurau ke lokasi kejadian diketuai PBK II Nasrisal Safila Abu Samad.

Katanya, setibanya anggota di lokasi, didapati sebatang pokok telah tumbang manakala mangsa seorang lelaki Melayu berusia 55 tahun mengalami kecederaan pada kepala.

“Anggota telah memberikan rawatan awal dan memasang peralatan cerviccal collar untuk menyokong leher mangsa bagi mengelakkan kesakitan pada bahagian tersebut.

“Kita juga telah bertindak memotong bahagian pelepah kelapa yang menghempap mangsa,” ujar kenyataan tersebut.

Mangsa kemudian diserahkan kepada petugas perubatan dan dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk tindakan selanjutnya manakala operasi tamat sepenuhnya pada pukul 9.45 pagi.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *