Lelaki Warga Emas Didakwa Melakukan Amang Seksual Kepada Cucu

| August 1, 2021 | 0 Comments

Lelaki Warga Emas Didakwa Melakukan Amang Seksual Kepada Cucu | Seorang lelaki warga emas berusia 62 tahun hari ini telah didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban selepas dia dihadapkan dengan dua pertuduhan iaitu melakukan amang seksual terhadap dua cucunya iaitu di antara Ogos dan September tahun lalu.

Lelaki Warga Emas Didakwa Melakukan Amang Seksual Kepada Cucu

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan melibatkan perbuatan melakukan amang seksual terhadap cucu kandungnya itu dibaca di hadapan Hakim Diana Md Razali.

Tertuduh yang berasal dari FELDA Kepis Bahau Jempol, telah dihadapkan dengan dua pertuduhan dimana pertuduhan pertama melibatkan perlakuan aman seksual  fizikal ke atas cucu kandungnya berusia 10 tahun dengan cara memegang kemaluan kanak-kanak itu.

Pertuduhan kedua pula turut melibatkan perlakuan amang seksual fizikal ke atas cucunya yang berusia lapan tahun di tempat yang sama dengan cara memegang kemaluan kanak-kanak terbabit.

Kedua-dua pertuduhan tersebut melibatkan lokasi yang sama iaitu perlakuan tersebut telah dilakukan di sebuah rumah Blok E, FELDA Kepis Bahau, Jempol.

Jika disabitkan dengan kesalahan, warga emas tersebut bakal didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792), yang memperuntuk hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Kes tersebut telah dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hafizah Harun dimana beliau  tidak menawarkan sebarang jaminan ke atas tertuduh atas keselamatan mangsa.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili  peguambela, Haresh Mahadevan membuat rayuan, memohon supaya mahkamah menawarkan jaminan yang rendah, berikutan tertuduh seorang peneroka FELDA dan tidak lagi berhubung dengan keluarga mangsa sejak Disember 2020, selain memberikan kerjasama dengan polis.

Hakim telah menetapkan sebutan semula kes pada 2 September ini setelah memutuskan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin, manakala tertuduh tidak boleh mendekati atau menggangu mangsa.

Sumber: Berita Harian 

Tags: , , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *