Lelaki Warga Pakistan Ditahan Cabul Dan Liwat Kanak-Kanak Lelaki | Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun trauma selepas dicabul dan diliwat oleh seorang lelaki warga Pakistan di sebuah rumah flat di Perai, Seberang Perai Khamis lalu.

Lelaki Warga Pakistan Ditahan Cabul Dan Liwat Kanak-Kanak Lelaki

Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang itu berlaku selepas suspek yang berusia 20 tahun mendekati mangsa yang ketika itu sedang bermain seorang diri di sebuah taman permainan.

Murid tahun dua tersebut dikatakan telah didukung oleh suspek yang bekerja sebagai buruh menuju ke dalam rumah sewanya.

Kejadian tersebut bagaimanapun terbongkar dua hari kemudian selepas mangsa menceritakan detik hitam yang dialaminya kepada bapanya kira-kira pukul 10 malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad, siasatan mendapati, mangsa diliwat oleh suspek sebanyak dua kali selain mulutnya dicium secara paksa.

“Menurut mangsa, ia telah menjerit meminta tolong sepanjang kejadian, namun tiada sesiapa di situ.

“Selepas kejadian itu, suspek menyuruh mangsa pulang,” katanya.

Shafee berkata, polis kemudian menahan suspek di rumahnya kira-kira pada pukul 12.30 malam setelah mangsa menunjukkan lokasi berkenaan.

Beliau berkata, suspek direman selama tujuh hari sehingga 5 Jun depan bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply