Lemas Semasa Berkelah. Mayat Remaja Perempuan Ditemui Terapung

| March 6, 2021 | 0 Comments

Lemas Semasa Berkelah. Mayat Remaja Perempuan Ditemui Terapung | Kegembiraan 20 sekeluarga berkelah di tepi Sungai bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka dikhuatiri mati lemas sejak pukul 4 petang Jumaat. Baca selanjutnya..

DITEMUI TERAPUNG TEPI SUNGAI

Gua Musang – Selepas 40 jam hilang dihanyutkan arus Sungai Nenggiri, mayat seorang remaja perempuan ditemui dalam keadaan terapung di tepi sungai Kampung Pulau Setelu di sini hari ini.

Mayat Nur Jannatul Alia Mohd. Zamri, 13, dijumpai oleh penduduk kampung pada pukul 9 pagi iaitu kira-kira 15 kilometer dari lokasi mangsa berkelah bersama ahli keluarga.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, mangsa yang masih lengkap berpakaian ditemui terapung di tepi sungai itu.

“Mayat mangsa telah dijumpai oleh penduduk kampung dan telah dibawa naik ke darat dengan bantuan pihak polis, JBPM dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) pada pagi ini.

“Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga untuk dikebumikan,” katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik Hospital Gua Musang di sini hari ini.

Media semalam melaporkan kegembiraan 20 sekeluarga berkelah di tepi Sungai Nenggiri, Kampung Pulau Setelu bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka dikhuatiri mati lemas sejak pukul 4 petang Jumaat.

Nur Jannatul Alia dihanyutkan arus deras apabila mandi di sungai kampung itu ketika ahli keluarga lain sedang menjamu selera.

Kakak mangsa, Nur Ain, 16, bersama sepupunya Nur Asma Kamaruddin, 14, sempat diselamatkan oleh datuk mereka ketika dihanyutkan arus sungai itu.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *