Lembaga Tabung Haji (TH) Umum Agihan Keuntungan 3.1 Peratus | Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan keuntungan sebanyak 3.1 peratus yang bakal dimanfaatkan lebih 8.4 juta pendepositnya bagi tahun 2021.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata, agihan keuntungan sebanyak 3.1 peratus itu melibatkan jumlah agihan sebanyak RM2.46 bilion.

“Jumlah keuntungan yang diagih bagi tahun 2021 adalah RM219 juta lebih tinggi berbanding RM2.24 bilion yang telah diagih bagi tahun kewangan 2020,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply