“Lepas Vaksin, Pastikan Rehat Secukupnya..” Doktor Gigi Di India Kongsi Pengalaman Terima Suntikan Vaksin | Umum mengetahui suntikan bagi dos yang pertama telah pun dijalankan pada petang tadi. Penerima bagi dos pertama termasuklah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham serta empat lagi petugas barisan hadapan.
Selain di Malaysia, beberapa negara yang lain juga telah menjalankan suntikan vaksin bagi dos pertama kepada penduduk. Salah satu negara yang telah edarkan vaksin tersebut adalah negara India pada awal Februari yang lepas.
Menerusi satu perkongsian dari Dr Syazwani yang merupakan doktor gigi di India, beliau telah pun mendapatkan suntikan vaksin yang pertama di sana. Melalui perkongsian tersebut, beliau bercerita mengenai pengalamannya serta tips yang perlu dilakukan selepas menerima vaksin Covid 19.
I’m not an influencer but I just want to share with you my story of getting vaccinated💉 in India last Saturday and the side effects I’ve experienced myself.
[THREAD] https://t.co/uS9Yv5hWMO pic.twitter.com/JKOSon7Ldg— Wani (@syazwanismd) February 23, 2021
Menurutnya, vaksin mempunyai beberapa jenis yang telah berada di seluruh dunia. Salah satu yang rakyat Malaysia akan peroleh adalah vaksin Pfizer. Selain itu ada juga jenis vaksin seperti Covaxin, Covishield (AstraZeneca), Moderna dan lain-lain.
Setiap Vaccine ini dihasilkan oleh company dan research institute yang berbeza. Kat India, kami dapat Vaccine jenis Covishield (Viral vector) yang dihasilkan oleh AstraZeneca.
Manakala di Malaysia, pfizer (mRNA) dihasilkan oleh Pfizer-BioNtech.
Apa beza vaksin Pfizer dan Covishield?
Pfizer menggunakan messenger RNA manakala Covishield pula guna viral vector. Cara penyimpanan vaccine ni pun berbeza. Antara sebab India pilih Covishield sebab India boleh handle dengan cara nak simpan vaccine ni.
Saya dengan housemates dah lama dah tunggu nak pergi ambil. Ye lah, setiap hari jumpa patients. Pegang mulut and gigi diorang. Risau juga kan.
Jadi kami pun pergi ambil vaccine dekat government hospital. Kami pergi dalam pukul 11 pagi. pic.twitter.com/eNj923p7Iy
— Wani (@syazwanismd) February 23, 2021
Kemudian, saya masuk bilik vaccination and nurse buat injection dose vaccine dekat bahagian lengan kiri.
Perasaan kena inject vaccine ni sama je dengan rasa kena inject masa sekolah dulu. Serious takde beza pun ☝🏻 pic.twitter.com/erLRqjiQYa
— Wani (@syazwanismd) February 23, 2021
Sakit tak?
Sejujurnya, tak langsung. Macam yang saya cakap kat atas, rasa dia macam kita inject masa sekolah dulu. Lepas tu dia letak cotton kat situ. Nurse pesan jangan tonyoh kuat kuat dekat tempat injection tu.
Kesan sementara selepas suntikan
Just for reminder ada beberapa TEMPORARY side effects yang biasa dialami selepas vaksin macam:
-pening kepala
-keletihan
-rasa tak sedap badan
-muscle ache
–demam
Semua ni ialah short-lived flu-like symptoms
Kenapa ada symtoms semua ni? Symptoms macam ni NORMAL sebab badan kita tengah hasilkan antibody baru dan kuatkan immune system badan kita.
Jadi masa saya ambil tu memang dah get ready je untuk develop symptoms tu. Awal awal lepas vaccine tu tak rasa apa apa lagi. Ok je.
Saya start rasa symptom waktu malam. Start dengan rasa tak sedap badan, lepas tu saya demam.
Esoknya disebabkan hari tu hari ahad, seharian tu memang rehat kat rumah je. Sebab rasa chills demam dan rasa lenguh badan. Tapi semua ni slow2 beransur pulih dan malam ahad tu saya dah getting better. Rasa okay dah.
Tips yang saya nak kongsikan, lepas vaccinated tu pastikan dapat rehat secukupnya, minum air, mandi dan tidur awal. Make sure badan hasilkan melatonin secukupnya dengan tidur awal (jam 9/10 malam). Kita kena bagi kerjasama dengan badan yang tengah hasilkan antibody yang baru.
Kesimpulannya, korang jangan lah takut nak ambil vaccine ni. Macam yang saya tulis kat atas, side effects tu boleh ada tapi ia TEMPORARY.
Sumber : Dr Syazwani