Letupan Beirut. Pengantin Lari Selamatkan Diri Ketika Sesi Bergambar. Ada Video.
Letupan Beirut. Pengantin Lari Selamatkan Diri Ketika Sesi Bergambar. Ada Video. | Hasrat sepasang pengantin baharu untuk merakam detik indah bersempena perkahwinan mereka terbantut selepas sebuah gudang di Beirut meletup.
Berdasarkan satu rakaman video berdurasi 19 saat yang dimuat naik oleh pemilik Twitter StanceGrounded ini, juruvideo tersebut pada awalnya sedang menjalankan tugasnya merakam ‘footage’ pengantin perempuan.
Tiba-tiba letupan dari gudang berkenaan meledak hingga ke kawasan mereka, mengakibatkan pengantin beserta kru penggambaran rakaman tersebut bertempiaran lari menyelamatkan diri.
Memetik laporan media antarabangsa, tragedi tersebut dipercayai berkemungkinan berpunca Sebanyak 2,750 tan ammonium nitrat yang digunakan sebagai baja pertanian disimpan selama bertahun-tahun di sebuah gudang pelabuhan di bandar raya berkenaan meletup semalam sehingga menyebabkan berlakunya satu malapetaka.
My heart is so heavy 💔 😭
Saddest things ever 😫
A bride during her wedding shoot as the explosion in beirut happens.
PRAY FOR LEBANON 🇱🇧 pic.twitter.com/cTVVOuUSFo
— StanceGrounded (@_SJPeace_) August 5, 2020
“Buat masa kini, ia kelihatan akibat keputusan gagal mengurus (ammonium nitrat dengan baik),” katanya.Dua letupan yang berlaku itu menyebabkan 73 orang terkorban dan 3,700 orang cedera dan ia boleh didengar sehingga ke bandar Nicosia di Pulau Cyprus, timur Mediterranean yang sejauh 240 kilometer dari Beirut.
Bagaimanapun, punca sebenar letupan melibatkan bahan tersebut masih belum dikenal pasti.
Sumber : Siakapkeli