Letupan Lubnan. Hospital Pesakit Covid-19 Musnah. Ada Gambar-Gambar.

| August 4, 2020 | 1 Comment

Letupan Lubnan. Hospital Pesakit Covid-19 Musnah. Ada Gambar-Gambar. | Ketika kes Covid-19 sedang meningkat di Lubnan, letupan ini berlaku. Hospital musnah. Ini ada gambar-gambar. Allahu.

Hospital Yang Masih Elok Terus Sesak

Susulan daripada letupan besar di Beirut, Lubnan turut terkesan adalah beberapa buah hospital di negara tersebut yang dilaporkan sedang bertarung dengan wabak pandemik Covid-19

Menurut laporan, beberapa buah hospital turut musnah ketika jumlah kes positif baru Covid-19 meningkat kepada 5 000 pesakit hari ini.

Sehubungan dengan itu, kesesakan di hospital sangat luar biasa apabila menampung mangsa letupan dan pesakit pandemik Covid-19

Bagaimanapun, punca kejadian masih dalam siasatan.


Hari ini berita menyedihkan apabila bandar Beirut di Lubnan dikejutkan dengan satu letupan yang sangat kuat sehingga memusnahkan bangunan-bangunan berdekatan tempat kejadian.

Ini pula berdasarkan satu video yang dimuatnaik di laman Twitter menunjukkan keadaan bandar Beirut selepas letupan tersebut. Keadaan menjadi bagai ‘padang jarak’ dan banyak harta benda yang musnah.

Setakat ini masih belum ada angka rasmi mangsa yang cedera mahupun yang terkorban dalam insiden tersebut. Sungguh menyedihkan apabila Lubnan juga sedang bertarung dengan pandemik Covid-19 perlu menerima satu lagi bencana yang tidak disangka.

Sumber: Siakapkeli

Category: DUNIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *