Lif Rosak Melonjak Ke Tingkat 30, Membunuh Remaja Perempuan Di Dalamnya  | Berlaku satu kemalangan melibatkan sebuah lif selepas ia dikatakan rosak selepas ia tiba-tiba melonjak ke tingkat 30 sebelum dipercayai menghentam bahagian atas bangunan pangsapuri sehingga menyebabkan seorang remaja perempuan maut di dalamnya, baru-baru ini.

Lif Rosak Melonjak Ke Tingkat 30, Membunuh Remaja Perempuan Di Dalamnya

Mangsa yang merupakan seorang pelajar sekolah menengah ditemui maut di tempat kejadian selepas terperangkap di lif tersebut di sebuah pangsapuri berdekatan kawasan perumahan Teluk Jinbay di Zhanjiang, Guangdon sebelum ia dikatakan berhenti di antara tingkat pertama dan tingkat bawah tanah 1 pada pukul 7:39 malam waktu tempatan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat industri dan perdagangan di Zhanjiang, mangsa telah memaklumkan kepada ahli keluarga, kemudian seorang pekerja penyelenggaraan turut dihantar ke kawasan perumahan Teluk Jinhai di wilayah Chikan.

Bagaimanapun, ketika pekerja itu mula membuka pintu lif secara manual, lif tersebut tiba-tiba sahaja meluncur ke atas, bergerak dengan laju sehingga menghentam bahagian atas lif tersebut.

Mangsa disahkan meninggal setelah dibawa ke hospital tempatan manakala punca kematian sebenar mangsa juga masih dalam siasatan pihak polis. Menurut laporan The Paper menerusi Newsweek, pasukan penyelamat memerlukan satu jam untuk membebaskan mangsa dari tingkat 30.

Polis dilaporkan tidak mendedahkan identiti atau umur mangsa dan hanya memberitahu dia bakal menduduki peperiksaan awam minggu depan.

Sebuah pasukan khas ditubuhkan bagi mengenal pasti punca kejadian yang dikatakan berkait dengan sistem brek lif berkenaan.

Sumber: Newsweek

Share.

Leave A Reply