Perjalanan lima graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam untuk menghadiri majlis konvokesyen bertukar tragedi apabila terbabit kemalangan di Kilometer 396 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), berhampiran hentian Rehat dan Rawat (R&R) Ulu Bernam, di sini, pagi tadi.

Lima Graduan Dalam Perjalanan Hadir Majlis Konvokesyen Terlibat Nahas

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, seorang daripadanya parah manakala empat lagi cedera ringan.

Kesemua mangsa adalah wanita berusia 21 tahun.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.35 pagi dan mengerahkan anggota ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sepasukan 12 anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dan Tanjung Malim dikejarkan ke lokasi kejadian.

Jelasnya, berdasarkan laporan awal, kemalangan membabitkan kereta Proton Saga dinaiki lima wanita telah terbabas melanggar penghadang jalan.

Lima Graduan Dalam Perjalanan Hadir Majlis Konvokesyen Terlibat Nahas

Ujarnya, akibat kemalangan itu, seorang mangsa tersepit di bahagian hadapan. Pihak bomba kemudian menjalankan operasi bagi mengeluarkan mangsa.

Norazam berkata, semua mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk rawatan lanjut.

Kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply