Lima individu dilaporkan rentung apabila kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan dua treler di Kilometer 246 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, selepas Terowong Menora, di sini, tengah malam tadi.

Lima Individu Rentung Akibat Nahas Libat Tiga Kenderaan

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata nahas membabitkan kereta yang belum dikenal pasti modelnya dengan dua treler yang masing-masing bermuatan besi dan mozek.

Katanya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar bergegas ke tempat kejadian dibantu oleh BBP Meru Raya serta jentera tangki air BBP Kamunting dan BBP Ipoh sebaik panggilan diterima jam 12.52 tengah malam tadi.

Lima Individu Rentung Akibat Nahas Libat Tiga Kenderaan

Lima Individu Rentung Akibat Nahas Libat Tiga Kenderaan

Ujarnya dalam satu kenyataan, nahas membabitkan keseluruhan sebanyak lapan mangsa, dengan lima daripadanya yang menaiki kereta maut di tempat kejadian manakala dua pemandu treler dan seorang kelindan terselamat.

Lima Individu Rentung Akibat Nahas Libat Tiga Kenderaan

Jelasnya lagi, lima mangsa di dalam kereta disahkan maut setelepas rentung oleh pegawai perubatan hospital dengab kerja mengeluarkan mangsa masih dijalankan.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply