Aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) semakin memburuk setelah sebuah lori kontena terbalik di Kilometer (KM) 74.3 menyebabkan kesesakan hampir dua jam.

Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) menerusi Twitter rasminya berkata, lori terbabit telah menutupi laluan kecemasan, manakala kenderaan dilihat bergerak perlahan.

Katanya, lorong kanan di KM 74.3 (Karak-Bentong) ditutup sementara bagi kerja-kerja pembersihan tumpahan diesel di lokasi.

May be an image of road

“Pengguna disarankan menggunakan laluan susur yang telah ditetapkan.

“Sila pandu dengan berhemah dan patuhi arahan petugas di lokasi,” tegasnya.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, seorang pengguna berkongsi keadaan semasa di Lebuh Raya KLK apabila dia turut terperangkap dalam kesesakan yang berlaku.

May be an image of outdoors

“Kebas kaki pandu kereta manual, siapa nak ke Bentong dan arah sama, sila guna jalan alternatif lain untuk elak anda menyesal kemudiaanya,” kongsi Azmirul.

Sumber  : Kosmo

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

24 Penumpang Cemas Bas Ekspres Terbalik Kena Langgar Lori Tangki

Seramai 24 penumpang berdepan detik cemas apabila bas ekspres yang dinaiki dilanggar dari arah belakang oleh sebuah lori tangki di Kilometer 16 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Skudai menghala selatan, di sini, hari ini.

Ketua Polis daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, kemalangan pada 4.20 pagi itu menyebabkan bas ekspres terbabas dan terbalik di laluan bertentangan.

Akibatnya, beliau berkata, tiga penumpang cedera ringan, manakala pemandu bas dan pembantunya tidak cedera.

Kemalangan membabitkan bas ekspres dan lori tangki di KM 16 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, awal pagi tadi. - Foto ihsan Bomba

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila lori tangki dipandu lelaki berusia 46 tahun dari arah Sungkai, Perak dalam perjalanan ke Johor Baharu terlanggar bahagian belakang bas ketika di lorong tengah.

“Bas ekspres kemudian terbabas dan terbalik ke arah bertentangan menyebabkan tiga penumpang cedera ringan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, pemandu lori tangki tidak mengalami kecederaan.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1957.

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply