Lori Muatan Diesel Jatuh Gaung, Lelaki [email protected] | Seorang lelaki maut apabila lori muatan diesel yang dinaikinya terjatuh ke dalam gaung dan terbakar di Kilometer 265 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, pagi tadi.

lori muatan diesel

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak berkata pihaknya menerima panggilan pada 7.52 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru dengan bantuan BBP Ipoh digegaskan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata bahawa setibanya jentera di lokasi kejadian mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori terjatuh ke dalam gaung dan terbakar.

Beliau juga menyata dalam satu kenyataan hari ini bahawa operasi pemadaman dan penyelamatan sedang giat dijalankan ketika ini.

Sumber: Siakap Keli

 

Artikel Lain

Lori Dipandu Terbabas Dan Terbalik, Warga Emas [email protected]

Lori Dipandu Terbabas Dan Terbalik, Warga Emas [email protected] | Seorang pemandu lori maut setelah kenderaan dipandunya terbabas dan terbalik dalam kemalangan di Kilometer 15, Jalan Kampung Budu -Tualang Padang, Benta di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 4.35 petang itu, mangsa Johari Md. Jali yang berumur 70 tahun, yang beralamat di Kampung Sementeh, Lanchang, Temerloh dekat sini disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan akibat kecederaan parah di kepala.

Superintenden Azli Mohd. Noor, Ketua Polis Lipis berkata, siasatan mendapati kemalangan itu berlaku disebabkan lori jenis Rigid Dumper itu hilang kawalan semasa melalui jalan yang berselekoh serta menuruni bukit kawasan tersebut.

Beliau berkata, ketika kejadian mangsa yang memandu dalam perjalanan dari Lanchang membawa muatan tar untuk dihantar ke Kampung Kemahang, Benta.

Beliau juga menyatakan dalam kenyataan bahawa ketika menuruni bukit berselekoh, lori dipandunya hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kanan jalan dan terbalik. Mangsa yang tersepit dan terperangkap di bahagian kepala lori disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan akibat cedera parah di kepala.

Menurut Azli, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kerana kecuaian mangsa ketika memandu dan gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan berlaku.

Superintenden Azli berkata bedah siasat untuk mengetahui punca kematian akan dilakukan selepas keputusan ujian Covid-19 diperoleh. Kejadian ini akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berujar bahawa kemalangan ini berlaku di jalan selekoh, berturap, sistem laluan satu lorong dua hala, terdapat garisan tengah berkembar dan menuruni bukit, manakala keadaan cuaca cerah dan tidak hujan.

Sumber: Utusan Malaysia

 

Pemandu Maut Lori Dipandu Rempuh Belakang Treler

Pemandu Maut Lori Dipandu Rempuh Belakang Treler | Seorang lelaki maut selepas lori dipandunya merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 42 Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak (KLK) di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, kejadian kira-kira pukul 12.50 tengah malam itu berlaku ketika mangsa berusia 46 tahun dalam perjalanan dari arah Bentong.

“Apabila sampai di tempat kejadian dipercayai pemandu lori mengubah haluan masuk ke lorong kiri untuk memotong kenderaan dihadapan dan kemudian melanggar bahagian belakang treler yang berada di lorong kiri.

“Akibat kemalangan seorang pemandu lori mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu treler tidak mengalami kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyan 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan giat dilakukan.

Katanya pihak polis memohon mana-mana pihak yang menyaksikan kejadian agar tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis.

“Polis menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa memandu kenderaan secara berhati-hati dan berhemah,” ujarnya.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply