Seorang pemandu treler muatan konkrit terpaksa menahan kesakitan akibat tersepit selepas terbabit kemalangan di Kilometer 6, Lebuhraya Linkedua, Kampung Tiram Duku, Gelang Patah.

May be an image of 9 people, people standing and road

Nahas berlaku kira-kira jam 3.42 petang semalam.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3.42 petang tadi.

May be an image of 1 person and outdoors

“Satu jentera FRT dari BBP Iskandar Puteri dengan kekuatan keseluruhan seramai lima orang anggota telah dihantar ke tempat kejadian.

“Setiba di lokasi kejadian, mangsa yang dikenali Qamarul Amni Md Deris, 38 didapati tersepit dibahagian tempat duduk pemandu,”katanya.

No photo description available.

Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak membuat kerja-kerja penyelamatan dengan menggunakan peralatan khas sebelum mangsa diserahkan kepada anggota pasukan perubatan KKM.

May be an image of 3 people, people standing and road

May be an image of 1 person and outdoors

Sumber : Buletin TV3

 

ARTIKEL LAIN YANG BOELH DIBACA

(VIDEO) VIRAL Lori Lawan Arus, Rupanya Pemandu Bawah Pengaruh Alkohol

Pemandu lori berusia 41 tahun yang memandu secara lawan arus di Kilometer 5.5 Lebuhraya Linkedua didapati di bawah pengaruh alkohol.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, pemandu lori berkenaan ditahan polis bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kejadian berlaku pada 4.30 petang membabitkan sebuah lori bernombor pendaftaran JQD 7966 dengan dua kereta.

“Siasatan awal mendapati kemalangan di percayai berlaku apabila pemandu lori dalam perjalanan dari Kulai menghala ke Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP).

“Apabila tiba kawasan Rehat dan Rawat(R&R) Gelang Patah menghala ke selatan, pemandu lori terlepas susur ke PTP.

“Pemandu lori memandu melawan arus untuk masuk semula ke susur PTP sebelum merempuh dua kereta iaitu Mercedes Benz dan Nissan Almera yang berada di laluan itu,” katanya.

Beliau berkata, pemandu Mercedes Benz yang mengalami kecederaan pada bahagian leher dan kaki dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi mendapatkan rawatan.

“Pemandu lori ditahan dan didapati di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian,” katanya menerusi kenyataan media semalam.

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply