Sembilan sekeluarga mengalami detik cemas apabila rumah mereka di Kampung Kapa, Tamparuli dirempuh sebuah lori 3 tan pagi Rabu.

Lori Rempuh Rumah Sebelum Terjunam Ke Gaung. Ini KEADAAN Mangsa

Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 pagi itu, kesemua sembilan sekeluarga yang berusia lingkungan 19 hingga 82 tahun berada di dalam rumah itu dan

Namun, kesemua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bagaimanapun, seorang kelindan lori mengalami cedera parah manakala pemandu hanya mengalami cedera ringan.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah telah mengeluarkan kenyataan berhubung insiden itu.

Menurut kenyataan itu, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada jam 7.48 pagi.

Seramai 18 orang anggota Bomba dan Penyelamat Tuaran dikerah ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat.

Sebuah lori 3 tan terbabas sendiri dan melanggar sebuah rumah (90% kerosakan) di tepi jalan lalu terjatuh ke dalam gaung sedalam 500 meter.

Dua orang mangsa yang menaiki lori tersebut mengalami kecederaan.

Sembilan sekeluarga di dalam rumah tersebut dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kedua-dua mangsa pemandu dan kelindan lori diberi rawatan awal di tempat kejadian sebelum dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS.

Operasi menyelamat kemudian ditamatkan pada pukul 9.50 pagi.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply