Gara-gara tayar belakang pecah secara tiba-tiba dan berdepan masalah brek, sebuah lori muatan barang runcit hilang kawalan lalu merempuh tujuh kenderaan lain di Kilometer 81.5 Jalan Ipoh- Butterworth di sini, pagi tadi.

Lori Rempuh Tujuh Kenderaan. Ini Keadaan Terkini Mangsa Nahas

Kejadian yang berlaku sekitar pukul 7.30 pagi itu mengakibatkan empat orang pemandu termasuk seorang penunggang motosikal cedera.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada orang awam yang memaklumkan terdapat lapan kenderaan terbabit dalam kemalangan itu.

Jelasnya, kenderaan yang terlibat ialah Proton Saga, Proton Wira, Perodua Axia, Toyota Wald, dua buah Perodua Myvi, Yamaha Ego dan lori jenis Hino.

Lori Rempuh Tujuh Kenderaan. Ini Keadaan Terkini Mangsa Nahas

Ujarnya, akibat kemalangan itu, pemandu Perodua Axia, Toyota Wald, Perodua Myvi dan penunggang motosikal mengalami kecederaan, manakala pemandu lain selamat.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati pemandu lori itu dari arah Kamunting ke Kuala Kangsar.

Tambah lagi, sampai di tempat kejadian semasa pemandu lori meneruskan perjalanan, tiba-tiba tayar belakang sebelah kirinya pecah.

Katanya lagi, dalam masa sama lori itu mengalami masalah brek, menyebabkan dia hilang kawalan dan merempuh tujuh lagi kenderaan lain.

Lori Rempuh Tujuh Kenderaan. Ini Keadaan Terkini Mangsa Nahas

Osman berkata, ujian saringan air kencing pemandu lori itu juga negatif.

Jelasnya lagi, tiada sebarang tangkapan dibuat, punca kemalangan disebabkan pemandu lori hilang kawalan.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply