Lori Tangki Minyak Meletup, Lebih 60 Orang Maut Terbakar Hidup-Hidup | CAP-HAITIEN: Angka kematian meningkat kepada sekurang-kurangnya 60 orang apabila sebuah lori tangki bahan api meletup di bandar pelabuhan Cap-Haitien di utara Haiti pada Selasa, kata seorang pegawai tempatan.

Berpuluh-puluh orang cedera dan dibawa ke hospital di Cap-Haitien, bandar kedua terbesar di Haiti, lapor Xinhua memetik Timbalan Datuk Bandar Patrick Almonor yang menyifatkan letupan itu sebagai “mengerikan.”

“Anggota bomba sedang membuat penilaian awal untuk menentukan jumlah rumah yang terbakar” akibat letupan itu, tambah Almonor.

Kerajaan mengumumkan akan membina hospital medan untuk merawat mangsa yang cedera memandangkan kawasan hospital sesak dengan mangsa.

Menurut Timbalan Datuk Bandar, letupan berlaku pada pagi Selasa selepas lori tangki itu cuba mengelak sebuah motosikal dan terbalik. Beberapa bahan api melimpah keluar.

Haiti bergelut dengan kekurangan bahan api dan harga gas yang melambung tinggi, dicetuskan oleh tindakan kumpulan bersenjata.

Pada 25 Okt, anggota kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa kesukaran menghantar bahan api di Haiti berkemungkinan akan mengorbankan nyawa.- Bernama

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply