Lori Tangki Terbakar Punca Kesesakan Tiga Kilometer

| October 11, 2021 | 0 Comments

Lori Tangki Terbakar Punca Kesesakan Tiga Kilometer | Bentong – Orang ramai yang mula merentas negeri menuju ke arah Bentong hari ini terpaksa berhadapan kesesakan lalu lintas luar biasa di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) susulan kejadian kebakaran sebuah lori tangki di Kilometer 67.6 di sini hari ini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Bentong, Mohd. Zamri Abdul Ghani berkata, laluan ke arah Bentong berkenaan ditutup kira-kira pukul 12.13 tengah hari susulan kerja pemadaman api yang dilakukan oleh pasukan bomba.

“Bomba yang menerima panggilan pada pukul 12.03 bergegas ke tempat kejadian dan mendapati bahagian kepala sebuah lori tangki terbakar dan api merebak ke kawasan semak.

“Api kemudiannya berjaya dipadamkan pada pukul 1.55 tengah hari dan semasa kejadian tangki lori berkenaan adalah kosong,”katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd. Zamri dua buah jentera bomba daripada balai bomba Bentong dan balai bomba Karak bergegas ke tempat kejadian bagi memadamkan kebakaran.

Beliau memberitahu tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dalam kejadian itu dan punca kejadian masih disiasat.

Katanya, kejadian menyebabkan laluan menghala ke Kuantan terpaksa ditutup lebih dua jam sehingga menyebabkan kesesakan kira-kira tiga kilometer.

Sumber : Kosmo

Tags: , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *