Lori Terbalik, Minyak Kelapa Sawit Tertumpah Masuk Sungai Labis | SEBUAH lori yang membawa minyak kelapa sawit dilaporkan terbalik di Jambatan Jalan Labis, Segamat, Johor Bahru ke arah Chaah, Johor pada Sabtu.

Kejadian itu dimaklumkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bekok, Tan Chong menerusi hantaran di Facebooknya.

Menurutnya, keadaan itu mengakibatkan minyak tumpah keluar dan mengalir masuk ke dalam Sungai Labis.

Chong berkata, beliau telah berhubung dengan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, Raven Kumar Krishnasamy, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Alam Sekitar berhubung perkara itu.

“Saya meminta mereka untuk mengambil tindakan pembersihan segera supaya mengelakkan pencemaran sungai selanjutnya.

“Harap semua penduduk berhati-hati apabila melalui tempat tersebut,” katanya.

Setakat berita ini ditulis, masih belum ada kenyataan lanjut yang dikeluarkan oleh pihak bomba.

Sumber: Majoriti

 

Baca Juga: Lori Dipandu Terbabas Dan Terbalik, Warga Emas M@ut | Seorang pemandu lori maut setelah kenderaan dipandunya terbabas dan terbalik dalam kemalangan di Kilometer 15, Jalan Kampung Budu -Tualang Padang, Benta di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 4.35 petang itu, mangsa Johari Md. Jali yang berumur 70 tahun, yang beralamat di Kampung Sementeh, Lanchang, Temerloh dekat sini disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan akibat kecederaan parah di kepala.

Superintenden Azli Mohd. Noor, Ketua Polis Lipis berkata, siasatan mendapati kemalangan itu berlaku disebabkan lori jenis Rigid Dumper itu hilang kawalan semasa melalui jalan yang berselekoh serta menuruni bukit kawasan tersebut.

Beliau berkata, ketika kejadian mangsa yang memandu dalam perjalanan dari Lanchang membawa muatan tar untuk dihantar ke Kampung Kemahang, Benta.

Beliau juga menyatakan dalam kenyataan bahawa ketika menuruni bukit berselekoh, lori dipandunya hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kanan jalan dan terbalik. Mangsa yang tersepit dan terperangkap di bahagian kepala lori disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan akibat cedera parah di kepala.

Menurut Azli, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kerana kecuaian mangsa ketika memandu dan gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan berlaku.

Superintenden Azli berkata bedah siasat untuk mengetahui punca kematian akan dilakukan selepas keputusan ujian Covid-19 diperoleh. Kejadian ini akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berujar bahawa kemalangan ini berlaku di jalan selekoh, berturap, sistem laluan satu lorong dua hala, terdapat garisan tengah berkembar dan menuruni bukit, manakala keadaan cuaca cerah dan tidak hujan.

Sumber: Utusan Malaysia

Share.

Leave A Reply