Lori Terjunam Dalam Longkang Besar. Seorang Pemandu Maut.

| July 11, 2021 | 0 Comments

Lori Terjunam Dalam Longkang Besar. Seorang Pemandu Maut.| BUTTERWORTH: Seorang pemandu lori ditemui lemas selepas kenderaan dipandunya terjunam ke dalam longkang besar dipenuhi air sedalam 4.57 meter di KM 137 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat Perai di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah berkenaan, lori dipandu mangsa berusia 51 tahun bersama kelindan berusia 57 tahun itu dikatakan gagal dikawal selepas melanggar sebuah kereta Proton Persona di sebelah kanan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata pelanggaran menyebabkan pemandu lori gagal mengawal kenderaan lalu merempuh penghadang jalan di kiri sebelum lori terjunam ke longkang besar.

“Pemandu lori ditemui mati dipercayai akibat lemas manakala kelindannya selamat,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

erdahulu, anggota bomba dan penyelamat berada di lokasi bagi operasi mengeluarkan mayat mangsa.

Mayat dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk proses bedah siasat manakala kelindan itu juga dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : BH

Tags: , , , , , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *