Luahan Hati Untuk Pemilik Gelang KKM

| July 27, 2020 | 0 Comments

Luahan Hati Untuk Pemilik Gelang KKM | Assalamualaikum para pembaca. Ekoran cerita kamu si pemilik gelang KKM, kami nak bebel sikit di ruangan IIUMC ini jika di izikan oleh admin yang bertugas.

Kamu tahu tak…? Gara-gara kamu yang pentingkan diri sendiri, kami yang
menjadi mangsa…!! Kenapa kamu degil…?

Tidakkah kamu sedar bahawa virus ini masih lagi mengganas…? Tidakkah
kamu sedar bahawa virus ini masih ada…?

Adakah kamu sedar atau sekadar pura-pura tidak menyedarinya dek kerana
kepandaian kamu yang semakin menipis… Kenapa kamu tidak pedulikan arahan
dan prosidur yang telah diberikan…?

Yaaa… Sememangnya kamu tidak pernah peduli…!!

Kamu tidak pernah peduli betapa lelahnya kami di barisan hadapan memerah
keringat tanpa menghiraukan bahaya dijangkiti tetap utuh menjalankan
amanah tugas yang diberikan tidak kira siang atau malam…

Kami terpisah jauh dengan keluarga kami walau jaraknya hanya senipis PPE
(Personal protective equipment). Kami hanya mampu memandang mereka namun
tidak mampu menyentuh kerana kami sedar pada kami mungkin ada
virus-virus jahat tersebut.

Kamu tidak pernah peduli betapa susahnya perjalanan hidup kami sewaktu
tempoh PKP dilaksanakan…?

Kami terpaksa mengikat perut. Apabila susu anak sudah tinggal hanya
sesudu, hati kami sudah mulai gundah. Barang dapur hanya mengharapkan
ihsan sesama manusia. Seolah-olah kami ini tidak berguna apabila
anak-anak sudah berbunyi…

“Telur goreng dengan nasi kosong jer..?”

Jika bergaji tetap alhamdulillah… Sudah pasti hujung bulan ada hasilnya,
tetapi bagaimana pula dengan kami yang bekerja sendiri…? Keluar kerja
adalah hasilnya, tidak bekerja maka tiadalah hasilnya… Kami tahu kamu
tidak pernah peduli…!!

Kamu tidak pernah peduli tentang anak-anak kami yang telah lama tidak
bersekolah…! Anak-anak kami rindukan bau rumput dan tanah di sekolah.

Mereka rindukan hiruk-pikuk kawan-kawan, mereka rindukan nasi lemak
makcik kantin bersama sirap sejuk dan mereka juga rindukan leteran
daripada para guru. Mereka rindukan padang mereka bermain…

Kamu tidak pernah peduli betapa kami rindukan solat berjemaah di Rumah
Allah…? Setiap Jumaat kami berkumpul berjemaah bersama-sama. Bercerita
tentang kerjaya dan hal ehwal semasa.

Kamu tidak pernah peduli betapa luluhnya perasaan kami ketika ahli
keluarga kami disahkan positif Covid-19. Mereka harus menerima rawatan.

Hanya mengharapkan ihsan daripada doktor dan juga nurse… Pergi entah
bila akan kembali… Pergi untuk menerima rawatan, entahkan sembuh
entahkan tidak… Kami terpisah jauh walaupun bezanya hanya tembok batu
hospital…

Kamu tidak pernah peduli betapa hancurnya hati kami melihat ahli
keluarga kami dikebumikan tanpa ditemani ahli keluarga…? Sedangkan
itulah kali terakhir kami akan menatap wajah mereka.

Mereka pergi tanpa kami disisi… Bukan kami yang memandikannya, bukan
kami yang kapankannya, bukan kami yang menghantar ke liang lahad
rumahnya yang abadi apatah lagi jika dia itu adalah ibu yang melahirkan
kami.

Bapa yang mencarikan rezeki untuk kami, pasangan yang rela berkongsi
derita dengan kami ataupun mereka adalah anak-anak yang kami belai
dengan penuh kasih dan sayang.

Betapa ralat dan kesalnya hati kami kerana tidak mampu menghantar mereka
pergi ke alam yang abadi dengan tulang empat kerat kami sendiri…
Allahuakbar…

Kamu tidak pernah peduli betapa susahnya kami mengumpul duit untuk
pulang ke kampung bertemu ‘jambatan syurga’ kami setelah beberapa bulan
tidak bekerja akibat PKP…?

Kami bukanlah daripada golongan ‘kayangan’… Kami perlu kembali bekerja
untuk sama-sama menjana ekonomi… Tolong jangan hancurkan harapan kami…

Kamu tidak pernah peduli betapa lamanya kami menghitung hari untuk
menyambut Aidil Adha bersama keluarga kami di kampung…?

Benar… Merentas negeri telah dibenarkan, tetapi kami memilih untuk
bersabar. Kami tidak mahu tergesa-gesa walaupun jiwa telah sarat dengan
kerinduan.

Kami tunggu keadaan lebih reda… Kami tidak mahu pulang membawa duka.
Sebaliknya… Kamu telah hancurkannya… Kamu yang membawa virus jahat itu
kembali…

Tidak…!!

Kamu tidak pernah peduli kerana dalam kamu ada sebahagian daripada sifat
Firaun yang mementingkan diri sendiri…!!

Siapa kamu…?

Yaaa… Kamulah bangsa yang pentingkan diri sendiri si pemakai gelang KKM…
Bukan semua, hanya sebahagian sahaja dan dalam sebahagian itu adalah KAMU…!!

– Kami (Bukan nama sebenar)

 

Kredit: IIUM Confessions

Tags: , , , ,

Category: DUNIA, KESIHATAN, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *