Luahan Lelaki Baru 2 Tahun Berkahwin Ini Undang Kecaman Netizen | Ketika ini, boleh dikatakan kos sara hidup kian meningkat dan pastinya gaya hidup sudah berubah sedikit demi sedikit. Bukan hanya bujang yang hidup di kota terkesan tetapi hampir semua orang terkesan dengan keadaan ekonomi sekarang.

Terbaharu, sebuah video TikTok tular di media sosial dimana menunjukkan luahan dalam bentuk tulisan yang ditulis oleh seorang suami terhadap isterinya selepas 2 tahun mereka berkahwin.

Menerusi luahan tersebut, si suami meluahkan perasaan mengatakan bahawa dirinya mulai berasa bosan apabila isterinya tidak lagi menjaga kecantikan diri selepas melahirkan anak pertama mereka. Malah, dia juga telah memberikan RM50 sebulan kepada isterinya dan sepatutnya bolehlah isterinya membeli keperluan agar boleh mencantikkan lagi dirinya.

Tidak hanya itu, dia juga mengatakan bahawa dirinya mampu untuk berkahwin lain dan gaji pokokya sekitar RM1,500 termasuk bekerja lebih masa. Luahan lelaki terbabit telah meraih perhatian orang ramai dan mengundang kemarahan netizen.

Para netizen juga mengecam lelaki itu kerana kenyataan dia yang mengatakan bahawa RM50 cukup untuk membeli barangan kecantikan diri sedangkan harga ‘skincare’ bukanlah murah dan boleh mencecah lebih RM300. Malah, rata-rata netizen turut berpesan kepada para wanita di luar sana untuk miliki simpanan sendiri dan tidak terlalu bergantung pada suami.

SUMBER : TheVocket

Share.

Leave A Reply