M4yat Lelaki Ditemui Terapung Di Sungai Kelab Golf | PETALING JAYA – Misteri objek terapung terjawab akhirnya apabila seorang pemancing menemui mayat lelaki tanpa identiti di sebuah sungai kelab golf, di Kota Damansara, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pejabat pertanyaan Balai Polis Kota Damansara menerima makluman daripada orang awam kira-kira pukul 1.25 pagi.

“Menurut saksi, ketika sedang memancing di jambatan, dia melihat objek terapung perlahan-lahan mengikut arus sungai.

“Apabila diperhati, ia adalah tubuh manusia dalam keadaan tertangkup dan terapung dalam sungai.

“Kemudian saksi terus menghubungi polis untuk maklumkan mengenai kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohamad Fakhrudin, mayat seterusnya diangkat keluar daripada sungai oleh sepasukan polis dan pihak bomba untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, setakat ini butiran penuh si mati seperti bangsa dan umur masih tidak dapat dipastikan lagi.

“Siasatan sedang dijalankan dan mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh bagi ujian saringan Covid-19 dan bedah siasat lanjut bagi mengetahui punca kematian.

“Kepada sesiapa yang melihat atau berada di tempat kejadian, mohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Balai Polis Kota Damansara di talian 03-61421222 bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Sumber: Kosmo

Baca Juga: Seorang Bapa Dikhuatiri Lemas Selepas Selamatkan Anak, Kereta Terjunam Dalam Sungai

Lelaki dikhuatiri lemas ketika menyelamatkan anaknya berusia lima tahun yang terperangkap dalam kereta yang terjatuh ke dalam sungai dekat Kampung Imbahan, di sini, semalam.

Dalam kejadian 5.30 petang itu, Lasibi Lawahidu, 40-an, dikatakan terjun ke dalam sungai terbabit selepas Perodua Myvi yang dinaiki anaknya, Mushab Umair Lasibi, 5, secara tiba-tiba bergerak, lalu terjatuh ke dalam sungai.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim ketika ditemui di lokasi berkata, difahamkan sebelum kejadian, mangsa berada di tebing dan sedang memancing, manakala anaknya berada di dalam kenderaan yang diletakkan berhampiran dalam keadaan enjin dihidupkan.

Bagaimanapun, katanya, kenderaan terbabit tiba-tiba bergerak sebelum jatuh ke dalam sungai dan mangsa terjun untuk menyelamatkan anaknya.

“Mangsa dikatakan sempat mengeluarkan anaknya daripada kenderaan itu sebelum dibantu seorang lelaki yang kebetulan berada di situ untuk memancing.

“Ketika lelaki terbabit menyambut kanak-kanak itu, mangsa dikatakan tiba-tiba hilang dipercayai tenggelam,” katanya.

Anak mangsa yang diselamatkan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Rony Sikawan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5.53 petang.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) turut disertai anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Kota Kinabalu.

Bagaimanapun, katanya, kenderaan terbabit tiba-tiba bergerak sebelum jatuh ke dalam sungai dan mangsa terjun untuk menyelamatkan anaknya.

“Mangsa dikatakan sempat mengeluarkan anaknya daripada kenderaan itu sebelum dibantu seorang lelaki yang kebetulan berada di situ untuk memancing.

“Ketika lelaki terbabit menyambut kanak-kanak itu, mangsa dikatakan tiba-tiba hilang dipercayai tenggelam,” katanya.

“Setakat 11 malam, mangsa masih belum ditemui,” katanya yang memberitahu operasi akan bersambung esok.

Sumber : HM

Share.

Leave A Reply