M4yat Lelaki Indonesia Ditemui Dalam Tangki Najis Sebuah Rumah | KUALA KANGSAR – Mayat seorang lelaki warga Indonesia ditemukan dalam tangki najis di belakang sebuah rumah di Taman Wai Thong di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, maklumat penemuan mayat lelaki berusia lingkungan 40-an itu diterima pada pukul 12.20 tengah malam.
Katanya, ketika dijumpai, mangsa yang bekerja sebagai buruh binaan itu dalam keadaan tidak berbaju, hanya memakai kain sarung dan seluar dalam.
“Mayat lelaki itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh untuk bedah siasat dan punca kematian mangsa akibat trauma dipukul senjata tumpul di kepala.
“Berdasarkan siasatan, kita percaya mangsa mati dalam tempoh 24 jam sebelum mayatnya dijumpai,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.
Menurut beliau, usaha sedang dijalankan bagi mengesan pasangan suami isteri yang dipercayai tinggal bersama mangsa bagi membantu siasatan.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan siasatan kes dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Mohd. Subkey Alias di talian 013-9285436,” katanya.
Sumber: Kosmo
Baca Juga: Lepas 6 Hari Hilang. Akhirnya M@yat Ditemui Dlm Bilik Hotel. | PETALING JAYA – Kehilangan seorang penuntut doktor falsafah (PhD) Universiti Putra Malaysia, sejak 26 Februari lalu akhirnya terjawab apabila ditemui maut akibat positif Covid-19 di sebuah hotel di Kuala Lumpur, semalam.
Mangsa dikenali sebagai Jordan Anak Maria, 32, kali terakhir dijejaki adalah di Balai Trafik Polis, Ipoh, pada 26 Februari lalu sekitar pukul 5.57 petang kerana ingin membuat laporan polis setelah terlibat dalam kemalangan kecil.
Adiknya, Patricia Pashella Lampon, 22, berkata, selesai membuat laporan tersebut, mendiang bergerak ke Kuala Lumpur dan ada membuat laporan kehilangan dokumen di Balai Polis Brickfields, Kuala Lumpur pada keesokan harinya kira-kira pukul 3.46 pagi.
Selepas itu, jelasnya, mendiang mulai hilang jejak dan tidak dapat dihubungi oleh ahli keluarga sehinggalah berita sedih tentang kematian mangsa akhirnya diterima semalam.
“Mendiang yang bekerja sebagai seorang guru tiba di Semenanjung sejak 21 Februari lalu bagi menyiapkan penulisan tesisnya dalam bidang Politik dan Kerajaan.
“Kali terakhir berhubung, dia ada beritahu yang dia terlibat dalam kemalangan kecil dan ingin membuat laporan polis di Balai Trafik Polis, Ipoh. Saya ada beritahu dia untuk hubungi saya semula selepas itu, tetapi tiada.
“Sejak 26 Februari itu, mendiang hilang tidak dapat dijejaki. Kami telefon rakan-rakannya pun, tetapi tiada seorang pun yang tahu. Kami ahli keluarganya sedia maklum mendiang dalam keadaan kurang sihat dan stress sebagai seorang pelajar. Tetapi tidak tanya lebih-lebih sebab ingin hormati privasi dia,” katanya ketika dihubungi Kosmo!
Tambahnya, mendiang yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik tidak menunjukkan sebarang gejala positif Covid-19 kerana mungkin mendiang sendiri tidak mengetahui dia menghidapi penyakit tersebut.
Dalam pada itu, Patricia berkata, penerimaan keluarga sangat berat dan sedih kerana tidak menyangka mendiang akan ‘pergi’ dahulu kerana mendiang merupakan seorang yang sangat aktif dalam menuntut ilmu.
“Mendiang jenis periang, adakalanya dia tegas khusus dalam pendidikan. Dia jenis bercita-cita tinggi dan suka buat kajian. Sejak dari zaman dia belajar, dia sangat aktif menyandang jawatan-jawatan tinggi.
“Dia juga peramah dan pandai membina ‘networking’ dengan orang ramai. Mendiang juga pernah menjadi Felo Perdana di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
“Disebabkan oleh positif Covid-19, kami (ahli keluarga) tidak dapat melihat jasad mendiang sebab prosedur yang telah ditetapkan. Namun tetap berharap walaupun abu mendiang, dapat dibawa semula ke Miri, Sarawak,” katanya.
Sumber: Kosmo