M4yat Remaja 17 Tahun Dijumpai Di Sungai Berhampiran D’Kasai Riverside | BENTONG – Kegembiraan empat sahabat mandi di sungai berhampiran D’Kasai Riverside, Chamang di sini berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka lemas selepas dibawa arus deras semalam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 5.10 petang itu mangsa, Muhammad Syafiq Akmal Zaidi,17, terjatuh di kawasan arus deras sebelum hilang.
“Pasukan bomba membuat pencarian dengan teknik pencarian di permukaan dan mayat mangsa ditemukan pada pukul 9.35 malam di sekitar kawasan mangsa lemas pada kedalaman 2.4 meter.
“Mayat mangsa diserahkan kepada polis dan dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.
Sumber: Kosmo
Baca Juga: Seorang Bapa Dikhuatiri Lemas Selepas Selamatkan Anak, Kereta Terjunam Dalam Sungai
Lelaki dikhuatiri lemas ketika menyelamatkan anaknya berusia lima tahun yang terperangkap dalam kereta yang terjatuh ke dalam sungai dekat Kampung Imbahan, di sini, semalam.

Dalam kejadian 5.30 petang itu, Lasibi Lawahidu, 40-an, dikatakan terjun ke dalam sungai terbabit selepas Perodua Myvi yang dinaiki anaknya, Mushab Umair Lasibi, 5, secara tiba-tiba bergerak, lalu terjatuh ke dalam sungai.
Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim ketika ditemui di lokasi berkata, difahamkan sebelum kejadian, mangsa berada di tebing dan sedang memancing, manakala anaknya berada di dalam kenderaan yang diletakkan berhampiran dalam keadaan enjin dihidupkan.
Bagaimanapun, katanya, kenderaan terbabit tiba-tiba bergerak sebelum jatuh ke dalam sungai dan mangsa terjun untuk menyelamatkan anaknya.
“Mangsa dikatakan sempat mengeluarkan anaknya daripada kenderaan itu sebelum dibantu seorang lelaki yang kebetulan berada di situ untuk memancing.
“Ketika lelaki terbabit menyambut kanak-kanak itu, mangsa dikatakan tiba-tiba hilang dipercayai tenggelam,” katanya.
Anak mangsa yang diselamatkan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Rony Sikawan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5.53 petang.
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) turut disertai anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Kota Kinabalu.
Bagaimanapun, katanya, kenderaan terbabit tiba-tiba bergerak sebelum jatuh ke dalam sungai dan mangsa terjun untuk menyelamatkan anaknya.
“Mangsa dikatakan sempat mengeluarkan anaknya daripada kenderaan itu sebelum dibantu seorang lelaki yang kebetulan berada di situ untuk memancing.
“Ketika lelaki terbabit menyambut kanak-kanak itu, mangsa dikatakan tiba-tiba hilang dipercayai tenggelam,” katanya.
“Setakat 11 malam, mangsa masih belum ditemui,” katanya yang memberitahu operasi akan bersambung esok.
Sumber : HM