Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali diperintah untuk membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom down berusia 13 tahun, dikenali Bella tahun lalu.

Mahkamah Perintah Siti Bainun Bela Diri Selepas Aniaya Bella

Hakim Izralizam Sanusi memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Siti Bainun, 30, di akhir kes pendakwaan.

Tertuduh diberi tiga pilihan iaitu pertama memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi dari kandang saksi dengan pihak pendakwaan diberikan peluang untuk menyoalnya semasa pemeriksaan balas.

Sementara pilihan kedua, memberikan kenyataan tidak bersumpah tanpa pemeriksaan balas oleh pihak pendakwaan atau ketiga berdiam diri dengan tidak menjawab pertuduhan.

Selepas mendengar perkara itu, peguam, tertuduh mengambil pilihan pertama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Zilfinaz Abbas, Zahida Zakaria, Fazeedah Faik dan Shakira Aliana Alias.

Siti Bainun pula diwakili peguam Nur’Aminahtul Mardiah Md Nor, Mohammad Farhan Maaruf, Nurul Hafidzah Hassan, Asiah Abd Jalil dan Nur Ellena Mohamed Razif mewakili Siti Bainun.

Turut hadir Datuk Khairul Anwar Rahmat, Datuk Ikbal Salam dan Mohd Radzi Yatiman yang dilantik oleh Pemangku Raja Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku peguam pemerhati.

Kes abai, aniaya Bella: Nasib Siti Bainun diketahui 24 November

 Nasib pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan Sindrom Down, dikenali sebagai Bella, akan ditentukan pada 24 November ini.

Ia selepas pihak pendakwaan perbicaraan kes Siti Bainun,30, mengumumkan penutupan kes hari ini selepas 22 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad yang mengetuai pasukan pendakwaan, memberitahu mahkamah, pihaknya menutup kes selepas saksi ke-22, iaitu juruteknik sebuah syarikat penapis air, Mohamed Rezuan Satori, 25, selesai memberi keterangan petang ini.

Katanya dalam prosiding hari ini, dengan berakhirnya keterangan saksi ke-22 hari ini, pihak pendakwaan menutup kes.

Beliau turut memaklumkan, pihaknya menawarkan 15 saksi kepada pihak pembelaan, antaranya beberapa bekas penghuni Rumah Bonda dan rakan Siti Bainun.

Dalam pada itu, Hakim Izralizam Sanusi memerintahkan pihak terbabit memfailkan hujahan bertulis sebelum atau pada 18 November sebelum mahkamah membuat keputusan diakhir kes pendakwaan pada 24 November ini.

Katanya, beliau ucapkan terima kasih kepada semua pihak.

Perbicaraan kes itu bermula sejak 30 Mac lalu dengan saksi pendakwaan yang dipanggil untuk memberi keterangan, antaranya Bella sendiri dan pakar psikiatri, Dr Wan Asyikin Wan Azlan.

Selain itu, pembantu pengurus syarikat swasta, Zurianty Sudin; pakar bedah plastik, Dr Salmi Mohamed Shukur serta bekas penghuni Rumah Bonda merangkap saksi pendakwaan kelima, Yasmin Nahar Mahmood, 19.

Siti Bainun berdepan dua pertuduhan, iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Wanita itu dituduh melakukan perbuatan terbabit di sebuah kondominium di Wangsa Maju, di sini, antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Jika sabit kesalahan, Siti Bainun berdepan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya.

Sumber: Sinar Harian, Berita Harian 

Share.

Leave A Reply