Mahkamah Tinggi Kekalkan Hukuman Bapa Rogol Anak | Kes haruan makan anak bukan menjadi isu asing lagi di negara kita sebaliknya ia sudah banyak terjadi dalam masyarakat kita. Bahkan saban tahun kita selalu mendengarkan permasalahan ini.

Johor Bahru: Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan untuk mengekalkan hukuman penjara selama 18 tahun dan 6 sebatan terhadap seorang bapa  enam anak yang telah merogol anak bongsunya yang  berusia lapan tahun.

Hakim Datuk Abu Bakar Katar membuat keputusan itu setelah menolak rayuan tertuduh yang juga merupakan seorang pemotong rumput berusia 58 tahun berkenaan terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Seksyen, tahun lalu.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan pemohonan tertuduh yang diwakili peguam G K Sritharan dan P Rajagunaseelan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di mahkamah rayuan.

Dalam penghakimannya, Abu Bakar berkata mahkamah sesyen secara betulnya apabila diakhir kes pembelaan memutuskan perayu bersalah dan disabitkan atas pertuduhan merogol anak kandungnya.

Menurutnya lagi, berikutan hukuman mahkamah sesyen sudah menimbangkan prinsip hukuman secara tertib. Tambah beliau mahkamah ini berpendapat bahawa hukuman yang dijatuhkan ke atas perayu tidak berlebihan.

Oleh itu, hukuman yang dijatuhi ke atas perayu dikekalkan dan disahkan.

Mahkamah memerintahkan supaya jaminan RM 10,000 ke atas tertuduh yang diputuskan mahkamah sesyen pada tahun lalu dikekalkan selain dia perlu melaporkan diri ke balai polis berhampiran pada setiap 1 hari bulan, sehingga rayuannya di Mahkamah Rayuan diputuskan.

Kes berkenaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syafiq Mohd Ghazali.

Pada 20 Februari tahun lalu, mahkamah sesyen menjatuhkan hukuman penjara selama 18 tahun dan enam sebatan terhadap tertuduh atas pertuduhan merogol anak kandungnya yang berusia lapan tahun pada ketika itu.

Mahkamah memerintahkan hukuman berjalan mulai tarikh sabitan.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan dengan anak kandungnya yang berusia lapan tahun di Kangkar Pulai antara 4 hingga 7 Mei 2020.

Tertuduh didakwa mengikut seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum selama 30 tahun dan sebatan.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply