Ajal dan maut tidak mengenal usia.

Tragis apabila seorang remeja lelaki yang baru berusia 13 tahun meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan antara sebuah motosikal dan sebuah van.

Mangsa yang merupakan penunggang motosikal mengalami kecederaan parah selepas tercampak ke sawah padi dekat Besut, Terengganu pada minggu lalu.

Dua lagi mangsa iaitu pembonceng motosikal juga tercampak ke sawah dan turut dalam keadaan parah manakala pemandu van mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kaki.

Seorang sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) yang menguruskan jenazah secara percuma berkongsi kisahnya bersama mangsa sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.

“Sewaktu saya tiba di tempat kejadian, arwah masih sedar dan terbaring kaku dalam sawah padi. Saya turun ke dalam sawah dan berdiri di sampingnya.”

“Dia mengadu rasa kebas pada seluruh badan. Ketika itu saya lihat tangan kanannya patah, bahu patah, kaki kanan patah dan ada koyakan besar pada paha dan betis.”

“Air sawah padi bertukar menjadi merah akibat bercampur dengan darah,” tulis sukarelawan yang lebih dikenali sebagai Mat Yoe di akaun Facebook miliknya.

Mat Yoe berkata bahawa mangsa yang dikenali sebagai Rafiq itu dibawa ke bahu jalan sejurus pasukan bomba dan anggota perubatan tiba di lokasi kejadian.

“Saya sangka dia selamat kerana hanya mengalami kecederaan luaran pada mata saya. Rupanya dia mengalami kecederaan organ dalaman” katanya sambil menambah bahawa mangsa meninggal dunia selepas dua jam bertarung nyawa di hospital.

Menurut Mat Yoe lagi, ibu Rafiq meninggal dunia dua tahun yang lalu dan sejak itu Rafiq bersama seorang kakak dan adik masing-masing berusia 14 tahun dan empat tahun yang tinggal bersama nenek mereka.

Namun apa yang memilukan bagi sukarelawan menerusi JNZA Gaung Global itu adalah ungkapan terakhir yang didengarinya sebelum arwah meninggal dunia.

“Saat-saat akhir nafasmya, dia beritahu saudara-maranya yang dia akan pergi untuk ‘bersama’ dengan ibunya. Dia juga sempat memohon maaf serta meminta saudara-maranya menghalalkan segala makan minumnya selama ini.

“Rafiq nak pergi duduk dekat ibu. maafkan Rafiq, halalkan segala makan dan minum Rafiq” kata-kata arwah itu masih terngiang-mgiang di telinganya.

Jenazah Rafiq selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alor Saji pada Khamis lalu.

“Jenazah ibu Rafiq dulu diuruskan oleh pasukan lain kerana pada waktu itu kami belum ada team mandi kapan jenazah wanita.”

‘Akan tetapi, team kami mengambil tanggungjawab dengan membayar separuh dari caj mandi kapan yang ditanggung oleh waris.”

“Kenderaan jenazah yang digunakan untuk membawa jenazah merupakan kenderaan jenazah yang sama digunakan oleh arwah ibunya dua tahun lalu dan arwah juga dikembumikan tidak jauh dari pusara ibunya,” katanya.

Mat Yoe berkata, Allahyarham Rafiq semasa hayatnya mencari rezeki dengan bekerja menjual ayam dan sayur pada hujung minggu dan cuti sekolah.

Malah katanya, ramai pelamggan yang mengenali arwah kerana sifatnya yang peramah.

“Adik Rafiq budak yang baik. Ramai bercakap hal-hal yang baik mengenai adik Rafiq. Walaupun baru beruisa 13 tahun, adik Rafiq matang sebelum usianya.”

“Pergilah ‘bersama’ ibumu. Itulah¬† ungkapan terakhir yang keluar dari mulutmu sebelum menghembuskan nafas terakhir. Masih terbayang-bayang di mata wajahmu yang berseri-seri. Syurga buatmu adik Rafiq.” tulis Mat You di Facebooknya.

Diucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan semoga arwah ditempatkan dalam golongan yang beriman.

Sumber : Mstar 

Share.

Leave A Reply