Majoriti MP setuju kenapa Malaysia perlu Anwar jadi PM, bukan Ismail Sabri. Ini puncanya..

| August 15, 2021 | 0 Comments

Majoriti MP setuju kenapa Malaysia perlu Anwar jadi PM, bukan Ismail Sabri. Ini puncanya.. | Kancah politik Malaysia dilihat semakin hangat selepas dua nama ini terus disebut-sebut sebagai calon Perdana Menteri Malaysia yang ke-9 berikutan Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka bakal meletakkan jawatannya pada hari ini. Ia dilihat rumit selepas dilaporkan majoriti MP lebih cenderung memilih Anwar Ibrahim selaku presiden PKR ini untuk diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia berbanding Ismail Sabri.

Majoriti MP setuju kenapa Malaysia perlu Anwar jadi PM, bukan Ismail Sabri. Ini puncanya..

Alasan yang dikemukan oleh Majoriti MP adalah kerana Malaysia kini memerlukan pasukan dan dasar-dasar baharu yang boleh menghentikan kemusnahan akibat Covid-19 dan juga menyalakan semangat untuk Impian Malaysia.

Pemilihan Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakub mendatangkan kegusaran selepas sebelumnya beliau merupakan ‘muka awam’ kerajaan yang gagal menguruskan wabak Covid-19 sehinggalah negara kita menyaksikan lebih daripada 12,500 kematian dan lebih daripada 1.4 juta kes.

Tambah mereka lagi, jika masih diterajui oleh ‘muka’ yang sama, tidak akan ada perubahan arah dasar, sama ada dalam pengurusan pandemik Covid-19, kebangkitan semula ekonomi, atau dasar pembangunan negara bangsa yang telah menyebabkan negara dikatakan sebagai berada dalam arah menjadi sebuah negara gagal oleh para pemerhati politik.

Pelantikan Ismail Sabri sebagai perdana menteri hanya akan meneruskan dasar kakistokrasi dan kleptokrasi sedia ada ini yang hanya akan menyebabkan Malaysia menjadi sebuah negara gagal bukan sahaja dalam menguruskan krisis covid, malah dalam pengurusan pembangunan ekonomi negara.

Malaysia juga dilihat memerlukan seorang perdana menteri baharu dan kepimpinan baharu di mana semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, kawasan, mahupun politik boleh bercita-cita untuk menjadikan kita sebuah negara berkelas dunia selain mengambil langkah untuk memenuhi aspirasi menjadikan negara kita “sinar cahaya dalam dunia yang kelam dan terganggu”.

Jika dilihat pada tahun 1970-an,  Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia telah berkembang sebanyak 90 kali ganda, namun begitu angka ini untuk Indonesia, Vietnam, China, Singapura, dan Korea Selatan, masing-masing berkembang sebanyak 117, 122, 163, 175, dan 178 kali ganda.

Selepas 50 tahun, Malaysia kini dilihat ketinggalan selepas Singapura dan Vietnam telah mengatasi kedudukan Malaysia dengan KDNK yang lebih besar.

Majoriti MP berpandangan bahawa Malaysia kini memerlukan seorang perdana menteri dan pimpinan yang boleh merancang untuk Malaysia dalam tahun 2070, bukannya seorang perdana menteri yang hanya akan bimbang mengenai kelangsungan karier politiknya di Parlimen atau hanya menumpukan usaha untuk mengawal wabak Covid-19 sahaja.

Sumber: Malaysiakini

Tags: , , , , , ,

Category: POLITIK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *