Malaysia Bakal Keluarkan Sijil Vaksinasi Pintar Bagi Yang Telah Terima Suntikan Vaksin Covid-19

| March 3, 2021 | 0 Comments

Malaysia Bakal Keluarkan Sijil Vaksinasi Pintar Bagi Yang Telah Terima Suntikan Vaksin Covid-19| Malaysia akan mengeluarkan sijil vaksinasi pintar sebagai dokumen pengesahan bagi individu yang telah menerima suntikan vaksin Covid-19.

Perkara ini sedang diperincikan bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi memastikan sijil berkenaan boleh diterima oleh negara-negara lain.

“Kita telah pun mengadakan persidangan secara maya dengan World Health Organization (WHO) dan Malaysia akan ambil Smart Vaccination Certificate dalam masa sebulan lagi untuk nyatakan tentang sijil tersebut” kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Jawatankuasa Khas Jaminan akses bekalan vaksin Covid-19 sebelum ini dilaporkan sedang memperhalusi kaedah termasuk menilai kerjasama yang boleh dilaksanakan bersama negara lain bagi pembangunan passport vaksin Covid 19.

Selain itu, Arab Saudi turut dilapor turut melancarkan program passport kesihatan bagi memudahkan pihak berkuasa memantau mereka yang sudah menerima suntikan vaksin terbabit, malah kementerian kesihatan negara itu turut memutuskan hanya bakal jemaah yang mendapatkan vaksin Covid 19 dibenar untuk menunaikan haji.

Sumber : Dr Adham Baba, Bernama

Tags: , , , , , ,

Category: INFORMASI, KESIHATAN, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *