‘Malaysia Jadi Negara Paling Pelik Dalam Dunia’-Mat Sabu. | KUALA LUMPUR: Pembangkang menyifatkan Malaysia kini menjadi negara yang pelik dalam dunia.
Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) mendakwa, ini kerana undang-undang berubah mengikut nafsu pemerintah dan bukannya mengikut peraturan.
“Yang Berhormat Kulim-Bandar Bharu, perkara-perkara pelik berlaku di Malaysia mutakhir ini.
Ahli Parlimen Kota Raja, @MSabu_Official sifatkan Malaysia jadi sebuah negara ‘pelik’. Beliau dakwa undang-undang berubah mengikut nafsu pemerintah. #AWANInews#SisiTVParlimen#DewanRakyat pic.twitter.com/lVKhpanJg8
— 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 (@501Awani) October 25, 2021
“Melaka di Fasa Empat (Pelan Pemulihan Negara). Restoran penuh, mall penuh, kenduri kahwin boleh buat dan kuliah boleh buat.
“(Tetapi) ceramah tak boleh, berkempen tak boleh, (pergi) ke rumah-rumah tak boleh,” jelasnya.
Mengulas isu sama, Saifuddin pula mendakwa negara ini telah dipaksa untuk mengadakan pilihan raya di Melaka.
“Kita dipaksa untuk mengadakan pilihan raya. Yang kita tidak minta pun tetapi akan diadakan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang sangat ketat.
“Speaker, kita cuma bawa kertas pencalonan. Calon datang (bersama) pencadang dan penyokong kemudian kalau negatif masuk, kalau positif duduk di khemah, kemudian balik duduk rumah.
“Sebab tidak boleh berjalan. Walkabout tak boleh, ceramah kelompok tak boleh dan ceramah umum tak boleh,” katanya.
Sumber: Astro Awani , 501Awani