Malaysia Terima Sumbangan 415,000 Dos Vaksin AstraZeneca Dari United Kingdom | Terbaru, Malaysia telah terima sumbangan 415, 000 dos vaksin Covid-19 keluaran AstraZeneca dari United Kingdom (UK). Bekalan vaksin tersebut tiba di KLIA kira-kira jam 2.20 petang tadi menerusi penerbangan Emirates EK 346.

Ketibaan vaksin AstraZeneca itu disambut Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19, Khairy Jamaluddin dan Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Turut bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Charles Hay.

Malaysia berterima kasih kepada kerajaan United Kingdom (UK) di atas sumbangan 415,000 dos vaksin AstraZeneca.

Sumbangan vaksin dari Britain diharapkan dapat membantu meningkatkan lagi kadar vaksinasi di Malaysia, ujar Pesuruhjaya Tinggi British di Malaysia.

Malaysia juga dijangka akan terima bekalan kira-kira 500,000 dos vaksin AstraZeneca pada akhir Ogos ini, maklum Khairy.

Sumber : Bernama TV

Share.

Leave A Reply