Mangsa Lemas Ditemui Dalam Keadaan Tangan Putus Dan Patah Kaki.

| January 18, 2021 | 0 Comments

Mangsa Lemas Ditemui Dalam Keadaan Tangan Putus Dan Patah Kaki. | BINTULU: Seorang remaja yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh di sungai di Kampung Hilir, Tatau ditemui tidak brnyawa pada tengah malam Selasa.

Mayat Affanirul Abdullah, 14 tahun ditemui penduduk kampung terapung dalam keadaan tidak sempurna iaitu kaki kirinya patah manakala tangan kanan putus.

Mayat remaja lelaki malang itu juga ditemui kira-kira 400 meter dari lokasi dia terjatuh.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak, mayat mangsa ditemui sekitar pukul 12.20 tengah malam Selasa oleh penduduk kampung.

“Ketika ditemui sebahagian daripada tubuh badan mangsa tidak sempurna iaitu patah kaki kiri dan tangan sebelah kanan telah putus berkemungkinan akibat serangan buaya,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.

Katanya, sebaik sahaja menerima maklumat, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tatau bergegas ke lokasi dan mengesahkan penemuan tersebut.

Semalam, dalam kejadian pukul 1.28 petang, mangsa dilaporkan terjatuh ke sungai di kampung berkenaan.

Sumber : Astro Awani

Tags: , , , , , , ,

Category: INFORMASI, KELUARGA, KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *