Marah Betul Cikgu Ni Kat Kawan Dia. Puncanya Buat Ramai SEBAK | Sampai rumah dia terus bergegas nak jumpa kawan dia ni. Marah betul. Tapi bergenang air mata baca kisah Cikgu Fadli Salleh ni. Jom baca

Kawan Susah Tapi Tak Minta Tolong

Marah betul kat mamat ni. Pulang dari Shah Alam, aku naik rumah tukar kunci kereta, tak sempat mandi, tak sempat tukar pakaian, terus ke Damansara cari mamat ni.

cikgu fadli salleh viral

Mamat ni namanya Allan Jacho. Salah seorang sahabat yang aku sayang sangat. Aku kalau susah, call je dia. Mesti dia sampai.

Nak ajak pergi Kuantan, pergi Johor, pergi Kuala Selangor, roger je dia ajak pergi sama. Buat peneman dan jadi driver. Tak pernah sekali pun dia tolak. Sekali pun belum pernah dia tolak.

Dengan dia la aku banyak run projek amal masa belum wujud NGO Dana Kita. Masa belum ada team dan gerilla.

Makhluk inilah yang berpanas berhujan dengan aku duduk tepi jalan agih beg sekolah, pakaian seragam, set barang dapur.

Dah berminggu dia mendiam diri. Rupanya dia ada masalah. Kereta dia rosak, mesin jahit pun rosak. Isteri pula sedang pregnant masuk 6 bulan dah.

Bergerak hantar anak-anak ke sekolah dan isteri ke tempat kerja naik motor sahaja. Ni musim air tak ada, nak angkut air guna motor punya la seksa.

Sepatah pun dia tak bagitahu aku. Tu yang aku tegur dan marah sangat-sangat!

Masa dia susah berani dia sorok dari aku. Sedangkan masa aku susah aku cari dia untuk bantuan. Ni time dia susah dia tak nak aku tahu.

Sebaik aku tahu, terus aku run ke sana tanpa dia tahu. Sampai bawah rumah dia baru aku call suruh dia turun bawah jumpa aku.

“Lan. Gila apa kau tak cakap kat aku kereta rosak. Nah ambik kereta aku pakai,” ujarku.

“Eh tak pa. Kereta aku boleh lagi tu,” balasnya.

Pun masih cuba nak mengelak tak nak terima bantuan lagi.

“Kau pergi start kereta kau sekarang. Kau bawak depan aku, aku nak tengok”.

allan jacho

Terus sengih-sengih tak tahu nak jawab apa. Pun masih nak menolak lagi.

“Lan. Kau tak payah cakap banyak. Ambil kunci kereta ni. Drive. Hantar aku balik Gombak”.

Kena marah, kena paksa baru nak terima bantuan. Haishhh, bikin geram betul sahabat macam ni.

Jenis suka sangat tolong orang susah, tapi bila diri sendiri susah dia diam-diam saja sorok tak bagitahu kawan-kawan. Geram sungguh aku.

Korang ada kawan pesen ni? Kalau ada, pegang mereka erat-erat. Buat sahabat sampai ke syurga.

#MFS – Suka berkawan dan takkan biarkan kawan kesusahan

Sumber: FB Cikgu Fadli Salleh

Share.

Leave A Reply