Masjid Jemput Bukan Islam Berbuka Puasa Bersama

| May 1, 2021 | 0 Comments

Masjid Jemput Bukan Islam Berbuka Puasa Bersama | Majlis berbuka puasa di masjid sering dihadiri oleh umat islam yang berpuasa dan ingin berbuka bersama-sama secara beramai-ramai. Namun berbeza pula dengan sebuah masjid di Negeri Sembilan ini apabila mereka menjemput golongan bukan islam untuk turut sama memeriahkan majlis berbuka puasa dan merasai pengalaman itu sendiri.

Masjid Jemput Bukan Islam Berbuka Puasa Bersama

Pengurusan Masjid Arraudah Taman Rasa Sayang (TRS) telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Orang Bukan Islam pada sepanjang ramadan tahun ini. Program ini merupakan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Seremban dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) . Program itu turut disertai oleh 30 orang kaum india dan cina yang tinggal di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paroi.

Ketua program, Zulkifli Muhamed memaklumkan bahawa program itu dianjurkan adalah untuk memebrikan gambaran kepada golongan bukan islam secara lebih dekat bagaimana amalan berpuasa orang islam disamping menunjukkan sifat keramahan orang islam tanpa mengira bangsa.

Baginya majlis sebegini boleh menjadi perantara yang sangat baik bagi menjalinkan hubungan kejiranan dan kasih sayang tanpa mengira perbezaan latar belakang agama. Apa yang menariknya adalah terdapat juga dalam kalangan mereka yang bukan islam ini turut sama berpuasa kerana ingin merasai pengalaman berpuasa itu sendiri dan menghormati bulan ramadan.

penganjuran program sebegitu dapat memberi lebih kefahaman kepada orang bukan Islam bagaimana cara ibadat orang Islam sekaligus dapat menghilangkan rasa keraguan. Bulan Ramadan adalah antara waktu paling terbaik untuk memperkukuhkan lagi keharmonian antara kaum.

Itulah indahnya bulan Ramadan yang tiada pada bulan lain dan ada orang yang mungkin sudah biasa berbuka puasa dengan rakan bukan Islam, tapi bila adanya majlis khas sebegini ia menjadikan hubungan itu lebih dekat dan mesra malah saling menghormati.

Bagi penduduk, A Murthi, 65, berkata, sudah menjadi amalannya sejak 15 tahun lalu, untuk berpuasa penuh setiap kali Ramadan. tiada sesiapa yang mendorongnya untuk berpuasa melainkan kemahuan hatinya sendiri selepas tertarik melihat rakan sekerjanya yang beragama Islam berpuasa. Ramai rakan islam di kilangnya berpuasa, jadi bagi menghormati mereka dia tidak makan di hadapan mereka. Katanya dengan berpuasa dia merasa lebih sihat.

Sementara itu Chew Wei Ling, 40, berkata, dia memilih untuk cuba merasai pengalaman berpuasa pertama kali. Ujarnya, dia turut berbangga dengan masyarakat Islam yang dapat menjalani ibadah puasa selama 30 hari tanpa masalah. Kerana nak meraikan jemputan penganjur kepada kaum Cina dan India ke majlis ini, dia cuba berpuasa, sekadar nak merasai bagaimana berlapar seperti orang Islam.

Dia turut berterima kaish kepada penganjur kerana telah menjemputnya berbuka puasa dan pada masa sama dapat mengeratkan silaturahim dengan kalangan orang islam.

Sumber: Harian Metro

Tags: , , ,

Category: Uncategorized

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *