Lima sekeluarga maut dalam nahas jalan raya berhampiran Hentian Titiwangsa di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, petang semalam.

Maut Dalam Perjalanan Ziarah Saudara Meninggal Dunia. Ini LUAHAN Anak Mangsa

Mereka dipercayai dalam perjalanan  ke Sungai Dua, Butterworth untuk menziarahi saudara mereka yang meninggal dunia.

Mangsa yang terkorban ialah Mohd. Rodhi Othman, 58, Ahmad Khomaini Abu, 30-an, Sharifah Rohana Syed Sagaf, 59, Siti Aishah Mohd. Rodhi, 32, dan Zara Hana Ahmad Khomaini, 5.

Sebelum itu, mereka baru sahaja selesai menghantar ahli keluarga mereka mendaftar masuk di salah sebuah sekolah pondok di Pasir Tumboh, Kelantan awal pagi semalam.

Anak sulung Mohd Rodhi, Mohammad Firdaus, 35, berkata, arwah bapa, ibu, adik perempuan, adik ipar serta anak buahnya itu sepatutnya pulang hari ini selepas menghantar adik ketiganya berusia 29 tahun ke sekolah berkenaan.

Menurut Mohammad Firdaus, bagaimanapun ibunya menerima panggilan bahawa bapa mentua kepada adik ibunya itu meninggal dunia dan dikebumikan di Sungai Dua, Butterworth, malam tadi.

Mereka semua bergerak ke Kelantan pada Jumaat selepas mendaftar adiknya di sekolah agama pagi semalam.

Kemudian mereka mendaftar keluar dari hotel pukul 12 tengah hari kerana menerima panggilan mengenai kematian saudara mereka.

Dia tidak menyangka mereka akan pulang awal kerana pagi semalam dia sempat menghubungi emak dan berbual.

Namun, dia tidak menunjukkan apa-apa perubahan.

Tidak lama selepas itu, isterinya menelefon memberitahu jiran mereka memaklumkan emak, ayah, adik, adik ipar dan anak saudaranya terlibat dalam kemalangan.

Katanya, ketika itu dia terkejut dan lemah tidak boleh fikir apa-apa.

Mohammad Firdaus berkata demikian ketika ditemui pemberita di Unit Forensik, Hospital Gerik di sini, malam tadi.

Menurutnya, meskipun masih terkejut dan tidak mempercayai apa yang berlaku, dia reda dengan pemergian kelima-lima ahli keluarganya.

Dia memaklumkan kesemua mereka akan dikebumikan kampung halaman mereka di Sungai Dua, Butterworth.

Jenazah arwah emak dan ayahnya akan dikebumikan dalam satu liang.

Manakala, jenazah arwah adik bersama suami dan anaknya di dalam satu liang yang lain.

Terdahulu, media melaporkan lima maut termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun.

Kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza yang dinaikinya mereka terlibat terlibat dalam nahas jalan raya dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Hilux.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pemandu dan empat penumpang MPV telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat kesemua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Gerik untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga mangsa bagi urusan pengkebumian.

Sumber: Utusan Malaysia

Share.

Leave A Reply