Kanak-Kanak Maut Akibat Pengaruh Tutorial Youtube

| March 29, 2021 | 0 Comments

Kanak-Kanak Maut Akibat Pengaruh Tutorial Youtube | Akibat terpengaruh dengan video di youtube, seorang kanak-kanak telah maut ketika cuba untuk meluruskan rambutnya. Dipercayai bahawa kanak-kanak itu terpengaruh dengan video tutorial dari youtube.

Kanak-Kanak Maut Akibat Pengaruh Tutorial Youtube

Akibat terpengaruh dengan video di youtube, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun telah maut. Kanak-kanak itu dari Thiruvanathapuram, Kerala, India maut ketika cubaan untuk meluruskan rambutnya. Kematian tersebut disebabkan oleh badannya yang melecur ketika ingin meluruskan rambut.

Menurut laporan dari Tribunews, mangsa iaitu Sivanarayanan pada mulanya sempat dikejarkan ke hospital yang berdekatan untuk menerima rawatan. Namun akhirnya mangsa dimaklumkan bahawa telah meninggal dunia. Kematian disebabkan oleh badannya yang melecur.

Menurut jurucakap polis, siasatan mendapati bahawa kejadian berlaku selepas mangsa menuangkan minyak tanah ke rambut beliau sebelum menyalakan api. Namun nasib tidak menyebelahi beliau apabila api tersebut tidak dapat dikawal, dan situasi tersebut telah menyebabkan badannya turut sama terbakar.

Mangsa dipercayai cuba untuk meniru aksi dan teknik meluruskan rambut yang ada di siaran youtube. Teknik meluruskan rambut yang dilakukan di youtube itu telah dilakukan oleh pendandan rambut yang profesional. Kemungkinan teknik tersebut telah menarik minatnya untuk melakukan teknik tersebut.

Mangsa telah ke tandas untuk mencuba meniru teknik yang telah ditonton itu. Namun percubannya itu tidak berjalan seperti yang diharapkan. Hal ini kerana api telahpun menyambar tubuhnya hingga menyebabkan tubuh badannya turut terbakar sama.

Menurut doktor yang merawat mangsa di hospital, mangsa meninggal dunia akibat melecur teruk. Maka mangsa tidak dapat untuk diselamatkan, ditambah pula dengan sifat minyak tanah yang begitu reaktif terhadap api.

Difahamkan bahawa teknik meluruskan rambut itu amatlah popular di Eropah. Ramai pendandan rambut yang profesional telah melakukan teknik tersebut. Malahan ramai antara mereka yang memuat naik video mereka sendiri ketika melakukan teknik itu untuk menarik perhatian dan minat orang ramai.

Namun begitu, teknik sebegini amatlah tidak digalakkan untuk ditiru. Ini adalah kerana teknik ini amat bahaya, dan sebaiknya mendapatkan bantuan pendandan profesional untuk melakukannya. Ini bagi memastikan keselamatan mereka akan lebih terjamin.

Sumber : Harian Metro

Tags: , , , ,

Category: INFORMASI, KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *