Mayat Atas Jalan Dengan Kesan Kelar Di Leher

| November 18, 2020 | 0 Comments

Mayat Atas Jalan Dengan Kesan Kelar Di Leher | Kuala Lumpur: Mayat lelaki ditemui dalam keadaan mengerikan dengan kesan kelar di leher di jalan raya di Jalan Bangsar, hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd [email protected] berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan berkenaan pada jam 5.38 pagi.

“Susulan itu sepasukan polis dikejarkan ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa sudah meninggal dunia.

“Pemeriksaan ke atas mangsa tidak menemui sebarang pengenalan diri dan dipercayai berusia 30-an,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Zairulnizam berkata, siasatan lanjut pasukan forensik mendapati mangsa mempunyai kesan kecederaan di beberapa bahagian badan.

“Mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat.

“Siasatan lanjut berhubung kejadian kini sedang dijalankan, polis juga sedang mengesan keluarga atau waris mangsa. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung mangsa boleh menyalurkan kepada polis,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, laluan di Jalan Bangsar ditutup kira-kira sejam bagi memberi ruang pasukan forensik melakukan siasatan.

Sumber : HMetro

Tags: , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *