Mayat Bayi Hampir Reput Ditemui Dalam Kotak Plastik

| May 3, 2021 | 0 Comments

Mayat Bayi Hampir Reput Ditemui Dalam Kotak Plastik | Kes pembuangan bayi bukanlah satu isu yang baru malah ia merupakan satu hal yang menjadi kebimbangan kebanyakkan rakyat di negara ini berikutan bayi yang tidak berdosa dibuang dengan kejam. Kali ini, nasib yang sama menimpa seorang lagi bayi malang apabila ia ditemui dalam keadaan hampir reput dipercayai dibuang.

Mayat Bayi Hampir Reput Ditemui Dalam Kotak Plastik

Batu Pahat: Mayat seorang bayi perempuan dalam keadaan bertali pusat ditemui dalam sebuah kotak plastik di belakang sebuah premis perniagaan di Jalan Kluang, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata mayat bayi berkenaan ditemui oleh orang awam kira-kira pada jam 6.40 petang sebelum mereka bertindak melaporkannya kepada pihak polis.

Katanya, siasatan awal mendapati, bayi perempuan berkenaan dipercayai ditinggalkan lebih daripada 24 jam berdasarkan keadaan tubuhnya yang sudah mula mereput.

Menurutnya, melalui semakan pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) berdekatan yang dijalankan oleh pihak polis di sekitar premis perniagaan berhampiran lokasi mendapati terdapat seorang lelaki meletakkan kotak berkenaan pada 27 April lalu.

Tambahnya, mayat bayi berkenaan telah dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Ismail berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang mayat yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk menghubungi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat di talian 07-4363300.

Sumber: Berita Harian

Tags: , , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *