Mayat Bayi Lelaki Dihurung Semut Ditemui Di Tepi Jejantas

| May 4, 2021 | 0 Comments

Mayat Bayi Lelaki Dihurung Semut Ditemui Di Tepi Jejantas |  Mayat seorang bayi lelaki dipercayai ditinggal sejak dua hari yang lalu ditemui di tepi jejantas Jalan Jepun Kampung Delek Taman Muhamad Yamin, Klang, petang semalam dalam keadaan yang menyayat hati di mana mayat bayi terbabit dalam keadaan yang dihurung semut .

Mayat Bayi Lelaki Dihurung Semut Ditemui Di Tepi Jejantas

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, mayat bayi berkenaan ditemui oleh seorang pengawal keselamatan wanita berusia 22 tahun.

Menurutnya, lebih kurang jam 6.12 petang, pihak polis menerima aduan dari seorang wanita yang menemui mayat seorang bayi di tepi jejantas dan mengikut apa yang dikatakan wanita terbabit, ia menemui bayi tersebut ketika perjalanan pulang ke rumah di Kampung Sungai Sireh dari tempat kerja di Sungai Jati.

Katanya, pada awalnya wanita terbabit melihat sepasang suami dan isteri berada di lokasi dan mereka memberitahunya bahawa terdapat mayat seorang lelaki namun mereka tidak bertindak menelefon polis sebelum wanita terbabit menelefon MERS 999 memaklumkan penemuan bayi berkenaan.

Siasatan mendapati, tempat kejadian adalah bahagian bawah jejantas motosikal Jalan Jepun di tepi landasan kereta api.

Katanya, Jarak kawasan perumahan dengan tempat kejadian adalah 100 meter dan jarak dari landasan kereta api kira-kira 10 meter.

Pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang kecederaan ditemui pada tubuh badan bayi terbabit.

Menurutnya, pemeriksaan yang dilakukan oleh pasukan forensik Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Selangor yang hadir ke tempat kejadian mendapati bayi lelaki terbabit cukup sifat, panjang anggaran kurang dari dua kaki bertali pusat.

Shamsul Amar berkata, dia menganggarkan bayi terbabit telah dibuang ke lokasi kejadian sekitar dua hari dengan keadaan dihurung semut dan polis masih menyiasat sama ada bayi berkenaan masih hidup atau tidak ketika ditinggalkan di lokasi kejadian.

Tambahnya, mayat bayi berkenaan kemudiannya dihantar ke Hospital Shah Alam untuk dibedah siasat pada jam 2 petang ini.

Sementara itu, siasatan dan usaha mengesan supek masih diteruskan dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Sumber: Berita Harian

Tags: , , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *