Mayat Dalam Tangki Najis: Lapan Suspek Rakan Serumah Dikesan |SERI ISKANDAR: Polis sedang mengesan lapan individu bagi membantu siasatan kes penemuan mayat seorang lelaki warga Indonesia dipercayai mangsa bunuh dalam sebuah tangki najis, di Kuala Kangsar pada 14 Mei lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata kesemua suspek merupakan warga Indonesia yang tinggal serumah dengan mangsa.

“Kita telah kenal pasti (suspek) dan kita sekarang sedang mengesan mereka bagi melengkapkan kertas siasatan untuk dirujuk ke DPP (Timbalan Pendakwa Raya) dan tindakan selanjutnya.

“Jadi berilah masa kepada pihak berkuasa dan kami menjalankan siasatan dan mengesan suspek-suspek ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Polis Diraja Malaysia Perak Tahun 2023 di Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah, Bota dekat sini malam tadi.

Pada 15 Mei, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Omar Bakhtiar Yaacob berkata polis sedang mengesan pasangan suami isteri yang juga rakan serumah mangsa dipercayai telah melarikan diri, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

SUMBER: AWANI

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

M4yat Lelaki Indonesia Ditemui Dalam Tangki Najis Sebuah Rumah

M4yat Lelaki Indonesia Ditemui Dalam Tangki Najis Sebuah Rumah | KUALA KANGSAR – Mayat seorang lelaki warga Indonesia ditemukan dalam tangki najis di belakang sebuah rumah di Taman Wai Thong di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, maklumat penemuan mayat lelaki berusia lingkungan 40-an itu diterima pada pukul 12.20 tengah malam.

Katanya, ketika dijumpai, mangsa yang bekerja sebagai buruh binaan itu dalam keadaan tidak berbaju, hanya memakai kain sarung dan seluar dalam.

“Mayat lelaki itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh untuk bedah siasat dan punca kematian mangsa akibat trauma dipukul senjata tumpul di kepala.

“Berdasarkan siasatan, kita percaya mangsa mati dalam tempoh 24 jam sebelum mayatnya dijumpai,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, usaha sedang dijalankan bagi mengesan pasangan suami isteri yang dipercayai tinggal bersama mangsa bagi membantu siasatan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan siasatan kes dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Mohd. Subkey Alias di talian 013-9285436,” katanya.

Sumber: Kosmo

 

 

Share.

Leave A Reply