Kes pembunuhan melibatkan ibu dan anak di mana mayat mereka dibuang di bawah jambatan Tol Semarang, Jawa Tengah sekitar Mac lalu mendapat perhatian pelbagai pihak.

Mayat Janda Serta Anak 4 Tahun Ditemui Bawah Jambatan. Puncanya MENGERIKAN!

Insiden mengerikan tersebut terjadi kepada Sweetha Kusuma Gatra Subardiya dan anak kandungnya, Muhammad Faeyza Alfarisqi berusia empat tahun.

Menurut sumber, dua beranak ini mati dipercayai akibat dibunuh oleh kekasih Sweetha yang juga suami orang iaitu Dony Christiawan Eko Wahyudi.

Mangsa yang merupakan petugas perubatan dan suspek dikatakan mula menjalinkan hubungan cinta sejak Oktober 2021.

Sweetha kemudian memberi kepercayaan kepada Dony untuk menjaga anaknya namun siapa sangka, ternyata kanak-kanak itu sebaliknya menjadi mangsa dera.

Dia dikurung, tidak diberi makan dan diseksa dalam bilik sehingga mati pada 20 Februari 2022.

Ketika soal siasat, Dony mengaku melakukan perbuatan kejam itu hanya kerana budak tersebut nakal.

Mayat kanak-kanak itu kemudian dibuang ke bawah jambatan lalu Dony cuba menyembunyikan perkara itu daripada pengetahun Sweetha.

Pada 7 Mac 2022, Sweetha memaksa Dony untuk berjumpa kerana dia mahu melihat keadaan anaknya.

Dony mula ketakutan dan berjanji untuk bertemu dengannya di tepi jalan sebelum membawanya ke sebuah hotel.

Setibanya di hotel, Dony mendakwa terjumpa satu surat yang tertulis namanya dalam bahasa Arab.

Dony menuduh Sweetha melakukan perbuatan ‘syirik’ terhadapnya.

Bukan itu sahaja, Sweetha yang berkali-kali bertanya mengenai keberadaan anak lelakinya itu membuatkan Dony semakin berang.

“Di bilik mandi saya terjumpa surat. Saya tanya, kenapa ada rajah tulisan Arab ada nama  saya.

“Dia kemudian jawab ‘bukan, aku tidak pernah musrik’. Terus dia tanya mengenai anaknya,” kata Dony.

Namun siapa sangka, pertemuan itu berakhir apabila Sweetha dibunuh di hotel tanpa berperikemanusian.

Mangsa dikatakan cuba melawan saat lehernya dicekik namun tidak berjaya.

Suspek kemudian mengambil tudung dan melilit leher mangsa.

Lebih menyebalkan, Dony sempat naik ke bilik untuk makan telur selepas memasukkan jasad ke dalam kereta.

Mayat Janda Serta Anak 4 Tahun Ditemui Bawah Jambatan. Puncanya MENGERIKAN!

Mayat Sweetha disumbat dalam sarung dengan kakinya diikat sebelum dicampak ke lokasi yang sama dengan mayat Muhammad Faeyzadi buang.

Pada awalnya, Dony cuba mengaburi pihak polis dengan membuat laporan palsu mengenai kehilangan Sweetha dan anak lelakinya namun percubaannya itu tidak berjaya.

Dony kemudian ditahan pihak polis dan jika disabitkan kesalahan, boleh dipenjara hingga 15 tahun atau seumur hidup.

Hasil siasatan mendapati, Dony dipercayai berbuat demikian kerana cemburu melihat Sweetha yang melambai terhadap seorang lelaki lain ketika mereka bertemu di Semarang.

Sumber: Oh Bulan

Share.

Leave A Reply