Mayat Jiran Depan Rumah – Kisah Seram PKP COVID19

| July 21, 2020 | 0 Comments
Mayat Jiran Depan Rumah – Kisah Seram PKP COVID19 |Jamil dan Hasnah ialah sepasang suami isteri.Jamil bekerja sebagai seorang akauntan, manakala isterinya ialah surirumah sepenuh masa.Mereka masih tidak mempunyai anak setelah 5 tahun berkahwin. Akhirnya perdana menteri mengumumkan perintah kawalan pergerakan. Jamil mendapat cuti selama seminggu. Dia duduk di rumah dengan senang lenang dan senang hati.
Selepas beberapa hari, isterinya menegur. “Abang, macam mana agaknya nasib mak cik kiah tu ea, makan ke tak dia selama kawalan pergerakan.”
“Aish tak yah nak risau lah, haritu kan pm bagitahu, dia dapat 8k.” Jelas Jamil slumber.
“Aish abang ni, tu mak cik kiah lain.”
“Eh lain ea?”
“Lain la,saya cakap pasal mak cik kiah depan rumah kita ni. Lama tak nampak dia, entah-entah sakit dalam rumah tu sorang-sorang.” Kata-kata Hasnah dengan riak wajah sedih.
“Mak cik kiah depan rumah ni, ah tak yah la, dia tu dah tak pernah tegur kita. Bila nampak saya, jeling tajam macam rimau lapar. Tak yah fikir lah pasal orang macamtu.” Rungut Jamil.
“Tapi mak cik Kiah tu kan jiran kita, hati saya rasa tak sedap la bila pandang rumah dia.”
“Ah biarlah dia, dah lah anak dia artis.”
“Aik apa kene mengena dengan anak artis lak?” Soal Hasnah.
“Yela sekarang kan ramai orang tengah benci artis, saya nak pun ikut benci la, hidup kena ikut trend, hahaha.” Kata Jamil menukar rancangan televisyen.
“Abang pergi lah jap tengok kan mak cik kiah tu.”
“Ish tak nak saya.”
“Tolong lah bang, sekejap je, saya risau la.”
“Aish, tengok dah pukul 9 malam, esok pagi la.” Kata Jamil sambil menunjukkan jari ke arah jam di dinding.
“Sekarang la bang.”
Setelah dipujuk berkali-kali. Jamil terpaksa akur.
Dia bangun dari kerusi dan membuka pintu rumah.
Dia berdiri di hadapan rumah melihat rumah Mak cik kiah.
Kelihatan rumah mak cik Kiah gelap gelita sunyi sepi seperti tiada orang. “Gelap je rumah, takda orang la ni.”
Dia ingin berpaling masuk semula ke rumah, tapi dia terperasan sesuatu. “Eh kenapa pintu rumah mak cik Kiah tu tak tertutup.”
Jelas terbentang kawasan dalam rumah mak cik kiah kerana pintu rumahnya terbuka dengan luas.
Jamil mula rasa tidak sedap hati, dia risau ada sesuatu yang terjadi.
Dia memakai selipar dan berjalan ke rumah Mak cik Kiah.
Bunyi tapak kaki Jamil kedengaran agak kuat memecahkan suasana kesunyian malam.
“Mak cik Kiah, oh mak cik Kiah.” Panggil Jamil tapi tiada sahutan.
Di hadapan rumah, dia lihat ke dalam rumah yang gelap gelita.
Entah kenapa bula romanya mula naik dan dia mula rasa seram sejuk melihat kawasan dalam rumah Mak cik Kiah.
Di perlahan-perlahan melangkah masuk ke dalam sambil menelan air liur cuba menenangkan diri.
“Mak cik Kiah, oh mak cik Kiah.”
Masih tiada sahutan.
Langkah kakinya terhenti di hadapan sebuah bilik.
Dia lihat ada seorang perempuan tua sedang terbaring di atas katil.
“Uish mak cik Kiah?” Panggil Jamil, tapi tiada sahutan.
Dia mendekati mak cik Kiah dan memanggil-manggil lagi tapi masih tiada pergerakan.
Dia lihat mak cik Kiah seperti tidak bernafas, dadanya tiada turun naik.
Jamil memegang tangan mak cik kiah untuk memeriksa nadi.
Tiada denyutan nadi, terbukti yang mak cik Kiah sudah meninggal dunia.
“Meninggal dunia sebab sakit tua ni, kesian dia. Apa aku nak buat ni?” Jamil keliru.
Dia mula berjalan bercadang ingin pulang ke rumah dan menelefon imam masjid.
Tapi belum sempat dia keluar dari bilik yang gelap gelita itu, langkahnya terhenti.
Jelas kedengaran suara yang menyeramkan dari arah mak cik Kiah. “Errrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.”
Wajah Jamil sudah pucat. Hatinya sudah tidak tenang.
“Bukan mak cik Kiah dah mati ke?” Dia perlahan-lahan memusingkan badannya ingin pandang ke belakang.
Apabila dia pandang ke arah mak cik Kiah, suara itu hilang.
“Aik.”
Dia keliru, dia pandang sekeliling untuk mencari bunyi yang menyeramkan itu tadi.
Tapi dia yakin bunyi itu datang dari arah mak cik Kiah.
Lalu dia berlari keluar dari rumah itu dan pulang ke rumah.
Isterinya terkejut dan hampir menangis. “Saya dah agak da, sebablah saya rasa tak sedap hati, habis macam mana sekarang ni?”
“Saya call imam dulu, saya pun tak tahu nak buat apa..”
Jamil cuba dail nombor iman.
“Apa kata abang bawa jenazah mak cik kiah tu ke rumah kita?”
“Haish awak dah gila? Entah-entah ada corona orang tua tu, nak buat baik berpada-pada.”
“Apa yang gilanya bang, takkan nak biarkan jenazah tu kat rumah tu sampai esok pagi.”
“Abih nak biar mayat tu dalam rumah kita malam ni, haish kerja gila.”
“Abang, anggaplah ni ibadah kita, kesian mak cik Kiah.”
“Hurm saya call imam dulu.” Kata Jamil mula mendail semula
Tamat panggilan dari imam.
“Macammana bang?”
“Esok pagi imam datang.”
“Jenazah tu.”
“Hurm.” Jamil berfikir.
“Bang?”
“Okey, okey saya pergi amik jenazah mak cik Kiah tu.” Kata Jamil terpaksa akur.
Dia berjalan keluar dari rumah ke rumah Mak cik Kiah.
Sampai di hadapan rumah mak cik Kiah. “Kenapalah aku buat kerja gila ni?”
Dia melangkah masuk perlahan-lahan. Sampai di hadapan bilik dia terjumpa mayat mak cik kiah tadi, dia tergamam.
Dia mengerutkan dahi seperti tidak percaya apa yang dia lihat.
“Mana mak cik kiah??”
Kelihatan katil kosong sepi.
Dia menghampiri katil itu.
“Mana mak cik kiah, tadi ada dia atas katil ni.”
Tiba-tiba kedengaran bunyi sesuatu dari arah bawah katil. Bunyi pergerakan.
Tanpa berfikir panjang,
Dia pun dengan pantas duduk, dan menyelak kain cadar yang panjang menutupi bawah katil.
Dia tersentak, mak cik Kiah sedang tersenyum dengan mata terbeliak wajah yang menyeramkan di bawah katil.
Jamil tersentak sehingga terpelanting badannya jauh ke belakang kerana terkejut.
Badannya sakit terhentak. “Aduh.”
Dia memegang bahagian badannya yang sakit.
Matanya terpejam semasa terpelanting.
Apabila dia lihat semula, mak cik Kiah terbaring di atas katil.
Jamil terkejut. Jantungnya mula berdegup laju.
Dia pasti yang tiada mayat mak cik Kiah di atas katil tadi.
Hatinya sudah berat ingin membawa jenazah mak cik Kiah pulang ke rumah.
Tapi dia tidak sanggup menghampakan isterinya.
Sesungguhnya Jamil seorang suami yang hebat.
Patut dapat anugerah suami terbaik selepas tamat perintah kawalan pergerakan.
Lalu dia menutup jenazah mak cik kiah dengan selimut, lalu dia angkat ingin bawa pulang ke rumah.
“Buka pintu ni.” Dia memanggil isterinya.
Isterinya membuka pintu dan mengizinkan Jamil masuk sambil mengangkat jenazah mak cik Kiah.
Dia meletakkan jenazah mak cik Kiah di bilik belakang sambil tertutup dengan selimut.
lalu dia keluar menutup pintu bilik.
“Bang jom kita baca yasin untuk jenazah mak cik Kiah.”
“Kita baca kat luar je, biar jenazah tu dalam bilik. Esok pagi baru kita tengok.”
“Aish kenapa sampai macam tu sekali?” Soal Hasnah ingin tahu.
“Saya rasa tak sedap hati masa bawa mayat tu tadi, tolonglah dengar cakap saya. Saya dah ikut cakap awak kan?”
“Okey lah.” Hasnah setuju.
Pukul 11 malam, mereka berdua tidur di dalam bilik.
Entah pukul berapa, Jamil terjaga dari tidur kerana terdengar bunyi sesuatu di ruang tamu.
Dia yang sedang mamai, melihat ada orang di ruang tamu.
Dia lihat dari dalam bilik, pintunya biliknya tidak ditutup, terbentang luas.
Ruang tamunya gelap gelita.
Dia lihat ada perempuan di ruang tamu. Dia ingat isteri dia.
Dia pun panggil. “nah, buat apa tu?”
Tiba-tiba muncul suara di sebelahnya. “Abang panggil siapa tu?”
Jamil terkejut rupanya isterinya sedang baring di sebelahnya.
Dia masih tergamam.
“Abang cakap dengan siapa?”
Tidak mahu mengeruhkan keadaan, Jamil menipu. “Tak dah sape, abang mengigau tadi. hehe.”
Isterinya sambung semula tidur.
Dia yang sedang bernafas dengan sangat laju, perlahan-lahan memandang ke arah pintu semula.
Dia lihat betul-betul, mak cik kiah yang ada di ruang tamu sedang berdiri kaku.
Jamil sudah menggigil ketakutan.
Setiap kali dia berkelip, perlahan-lahan mak cik Kiah makin dekat dengan biliknya.
Setiap kelipan, susuk tubuh mak cik Kiah semakin hampir.
Dia jadi takut nak berkelip, dia menahan matanya sambil berkelip. Dia lihat mak cik kiah dalam gelap tidak bergerak kaku.
Matanya mula sakit kerana terlalu lama tidak berkelip, lalu dia memejamkan matanya dalam tempoh yang agak lama.
Bila dia bukansemulan mata, wajah mak cik Kiah sudah ada di hadapan wajahnya.
Jamil pengsan kerana terkejut.
Pagi itu, dia dikejutkan oleh isterinya untuk solat subuh.
Dia bangun dalam keadaan keletihan dan badannya berpeluh.
“Kenapa dengan abang ni?”
“Abang mimpi seram semalam?”
“Tu lah tidur tak basuh kaki.”
Jamil yang keletihan bangun dari katil ingin ke tandas.
Keluar sahaja dari bilik, dia terkejut yang pintu bilik belakang terbentang luas tidak ditutup.
Aura ketakutan mula muncul semula. “Siapa yang tak tutup pintu tu?”
Dia berjalan melintasi bilik itu, entah kenapa semasa melalui bilik itu, dia dapat rasakan dari lirikan mata yang jenazah itu sedang duduk dalam selimut di atas katil.
Jamil patah balik semula ke hadapan bilik itu.
Dia lihat jenazah masih terbaring di atas katil, dia lega.
Dia perlahan-lahan menutup pintu dan berjalan ke tandas.
Jam 7 pagi, imam datang.
“Mana jenazahnya?”
“Ikut saya imam.” Jamil membawa imam masuk ke bilik belakang.
Imam mendekati jenazah itu. “Kamu dah hubungi keluarga mak cik Kiah?”
“Belum lagi imam, saya pun tak kenal keluarga dia.”
Imam lalu perlahan-lahan membuka selimut yang menutupi jenazah mak cik kiah.
Imam terkejut, di dalam selimut bukan mayat tapi bantal.
“Kamu ni nak buat lawak ke apa?”
Jamil dan isterinya terkejut.
“Aish semalam dalam selimut tu mayat!”
“Kamu jangan main-main.”
“Abang semalam bawa jenazah mak cik Kiah kan?” Tanya Jamil pada isterinya.
“Saya tak tahu, saya nampak abang bawa benda berbungkus dengan selimut, saya ingat tu jenazah mak cik Kiah, abang yang tak kasi saya tengok semalam.” Jelas isterinya.
Imam lalu bangun. “Jap-jap ni jenazah mak cik kiah mana ni?”
“Mak cik Kiah depan rumah saya ni la, yang mana lagi?”
“La aku ingat mak cik Kiah rumah hujung sana tu.” Kata Imam.
“La banyak pulak mak cik Kiah.”
“Yela banyak, lain kali bercampur dengan jiran.” Jamil kena nasihat.
“Habis tu, malam tadi tu apa?”
“Mak cik Kiah depan rumah kamu ni, dah lama da meninggal. Dia meninggal kat rumah anak dia, mungkin sebab tu kamu tak tahu. Dia dulu bomoh ubat orang, mungkin yang kau lihat tu jin yang pernah dia bela.” Jelas Imam.
Imam itu lalu berjalan keluar dari rumah.
Jamil seperti tidak percaya dengan apa yang dia dengar.
Di hadapan rumah, dia melihat ke arah rumah mak cik Kiah.
Pintu utama rumahnya tidak ditutup.
Dari dalam rumah, kelihatan kelibat mak cik Kiah sedang tersenyum ke arah Jamil.
Jamil yang terkejut masuk ke dalam rumah dan menutup pintu.
“Abang kenapa ni?”
“Takde pape, stay at home.”
Sumber: Abstrakim

Tags: ,

Category: Uncategorized

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *