Mayat Lelaki 66 Tahun Ditemui Dalam Longkang | Kuching: Mayat lelaki ditemukan di dalam longkang sedalam satu meter berhampiran sebuah pusat beli-belah di sini, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mangsa dikenali sebagai Mohamad Samsudin berusia 66 tahun dari Kampung Tabuan Ulu, di sini.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan mayat itu daripada orang awam jam 9.24 pagi dan mengerahkan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan ke lokasi.

“Sampai di lokasi, mangsa disahkan meninggal oleh pihak pasukan perubatan Hospital Umum Sarawak (HUS),” katanya dalam kenyataan.

Katanya, mayat kemudian diserahkan kepada polis dan HUS untuk tindakan seterusnya.

Sumber: Sabah Baru News

Share.

Leave A Reply